Aston Martin Valkyrie AMR Pro - 40 Unit Dibina Dan Bakal Diserah Kepada Pemiliknya Hujung Tahun Ini
Erywan
01/07/2021 03:02 MYT
01/07/2021 03:02 MYT
Jika anda masih ingat, Aston Martin pernah mendedahkan sebuah prototaip hypercar berasaskan Valkyrie di Geneva Motor Show 2018. Jentera itu asalnya akan dibangunkan untuk berlumba di Le Mans namun pada tahun lalu, program itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Tetapi jangan salah sangka kerana hypercar itu masih ‘hidup’ dan kini ia diperkenalkan sebagai kereta litar edisi terhad yang dikenali sebagai Valkyrie AMR Pro. Model ini mendapat banyak manfaat daripada program Le Mans terbabit dan yang paling penting, pembangunannya tidak terikat dengan mana-mana peraturan perlumbaan.
Antaranya manfaat yang dimaksudkan adalah platform unik yang mempunyai ukuran tapak roda yang lebih panjang sebanyak 380mm, serta jarak antara roda kiri dan kanan yang lebih lebar iaitu 96mm di hadapan dan 115mm di belakang.

Seperti yang boleh dilihat, ia juga mempunyai pakej aerodinamik yang lebih rumit jika dibandingkan dengan versi standard. Aston Martin berkata kit badan ini menjadikan Valkyrie AMR Pro 266mm lebih panjang, manakala ‘downforce’ yang dijana adalah dua kali ganda lebih tinggi. Ia juga mampu mencapai pecutan lateral melebihi 3G.
Satu lagi manfaat yang dinikmati oleh jentera ini adalah pengurangan berat seperti penggunaan komponen suspensi yang diperbuat daripada gentian karbon serta tingkap polikarbonat. Sistem hibridnya juga disingkirkan, bermakna Valkyrie AMR Pro mendapat bekalan kuasanya daripada satu sumber sahaja iaitu enjin 6.5-liter V12 yang menjana 1,000hp.
Walaupun jumlah itu lebih rendah berbanding apa yang dimiliki oleh Valkyrie standard (1,160hp), Aston Martin berkata ia mampu menyaingi prestasi kereta Formula One. Syarikat itu turut menetapkan sasaran untuk melakukan catatan masa 3 minit 20 saat di litar Circuit de la Sarthe di Le Mans, Perancis.
Aston Martin merancang untuk menghasilkan 40 unit Valkyrie AMR Pro dan penyerahannya dijangka bermula pada suku keempat tahun ini. Pelanggan bakal mendapat pakej pengalaman memandu di litar-litar FIA di seluruh dunia dan pelbagai lagi.