Penggiat industri hiburan dan salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNMY), Kelly Azman mencuri perhatian dalam konsert minggu ketujuh yang disiarkan malam tadi.

Manakan tidak, Kelly menggamatkan suasana apabila menyahut cabaran ketua juri, Dato' AC Mizal untuk turun ke pentas menunjukkan contoh persembahan kepada peserta.

Menurut Kelly sebelum berbuat demikian, persembahan lagu Kemelut Di Muara Kasih nyanyian asal Ziana Zain yang dipersembahkan oleh Azee Ariffin sepatutnya dinyanyikan dengan penuh penghayatan emosi.

"Saya rasa cukup bertuah dan gembira kerana dapat buat persembahan di pentas ATNMY, dalam ramai-ramai juri program ini, saya yang dapat perform!

"Saya rasa bangga, Dato' AC pun dah beri cabaran untuk saya turun ke pentas, saya pun buatlah cara yang terbaik.

"Apabila kita menyanyi, kita cuba beritahu kepada orang yang kena ada feel, bukan setakat vokal yang bagus, cara persembahan itu kena betul lebih-lebih lagi bila berada di pentas yang cukup berprestij seperti ATNMY," katanya kepada Gempak sebentar tadi.

Dalam pada itu, Kelly akui menerima pelbagai kecaman dari netizen ekoran perkara itu. Bagaimanapun, juri kontroversi itu yakin telah membuktikan kepada orang ramai bahawa dia boleh menyanyi.

"Macam mana pun tomahan netizen terhadap saya sejak malam tadi hinggalah hari ini, memang panas, tapi saya tunjukkan kepada netizen, I can sing!," katanya lagi.

Selain Kelly, ATNMY turut menampilkan juri lain seperti Erra Fazira, Aina Abdul, Zizan Razak, Shiha Zikir, Khai Bahar dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan ATNMY pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!