Antarabangsa

Australia Dapat Edisi Terhad Subaru WRX Club Spec, Hanya 150 unit Sahaja

gempak
Erywan
11/08/2020
10:10 MYT
Sponsor Banner
Australia Dapat Edisi Terhad Subaru WRX Club Spec, Hanya 150 unit Sahaja
Sebelum hadirnya generasi baharu, Subaru Australia memperkenalkan edisi terhad bagi model Subaru WRX Club Spec yang hanya ditawarkan sebanyak 150 sahaja.
Subaru WRX Club Spec itu adalah versi yang paling tinggi dalam model berkenaan selepas dilengkapi dengan beberapa opsyen lain serta komponen STi. Ia dijual pada harga bermula AUD 47,990 (RM144,382) untuk manual, manakala CVT AUD 50,490 (RM151,904).
Memandangkan ia dibina menggunakan spesifikasi tertinggi, ia dilengkapi kerusi berkuasa elektronik dengan pemanas dan sistem audio Harman Karbon. Selain itu, ia dilengkapi jajan lain seperti tempat duduk bucket Recaro di bahagian hadapan dan roda stereng balutan Ultrasuede serta kemasan gentian karbon pada papan pemuka.
Bahagian luaran pula, Subaru WRX Club Spec ada beberapa perubahan lain seperti dilengkapi rim aloi STI 18 inci, angkup brek Brembo dan lencana Club Spec hitam kusam di belakangnya. Pada masa sama, beberapa kemasan warna hitam juga kelihatan pada cermin sisi, antena dan spoiler belakang untuk memberi sedikit kelainan pada model edisi terhad itu.
Dari segi prestasinya, ia menggunakan enjin 2.4 liter turbo yang dikatakan mampu menghasilkan output 400hp dengan tork setinggi 490Nm. Pilihan warna pula, jika tidak mahu warna biru, ia juga ditawarkan dengan warna putih dan hitam. Jentera itu dijangka tiba di pasaran Australia pada tahun hadapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live