Bagi peminat ubah suai kereta, mereka pasti terpegun dan teruja apabila melihat Honda Civic Type R atau lebih kenali FD2R yang dipaparkan kali ini.

Jika lihat dari jauh, mungkin tiada apa yang membezakan dengan FD2R lain kerana ia masih menggunakan warna sinonim jentera berprestasi itu.

Sebenarnya jentera yang anda lihat ini sudah diubah suai secara menyeluruh yang mana kos modifikasi sahaja mencecah kira-kira RM220,000.

Jentera keluaran tahun 2007 ini adalah kepunyaan Phojie Amid. Ia adalah model import baharu yang diedarkan oleh Honda Malaysia Sdn Bhd.

Honda Civic Type R ini dilengkapi komponen daripada Mugen M-Tech Japan yang memiliki karakter bersahaja, tetapi menampilkan imej menarik.

Uniknya, kebanyakan komponen yang digunakan adalah tulen dan dibeli baharu sekali gus menjadi satu daripada FD2R dilengkapi konsep Mugen sepenuhnya di Malaysia.

Bagi menyiapkan ubah suai itu, dua tahun yang diperlukan bagi mengubahsuai penampilan luaran dan dalaman, selain menukar enjin 2.0 liter kepada 2.4 liter.

Biarpun enjin FD2R sudah pun cukup berkuasa dengan menyalurkan 220hp, ia masih belum cukup buat pemiliknya sehingga menukar rangkaian kuasa 2.4L yang mampu menyalurkan 317hp.

Enjin terbabit tidak dibiarkan standard selepas ditukar dengan banyak komponen berprestasi membabitkan omboh CP Carrillo 89MM, blok S90, bearing (gegalas) ACL Race, rantai pemasaan Toda dan banyak lagi.

Kepala silinder turut melakukan proses ‘port and polish’ peringkat ketiga, selain dipadankan sistem ambilan karbon PRACWORKS serta menggunakan pendikit badan J37.

Bagi meningkatkan lagi prestasinya, ia dipadankan klac kepingan berkembar OS Giken. Gigi gear satu dan dua menggunakan Helical PPG, gear tiga guna komponen asal FD2R, manakala empat, lima dan enam daripada Honda Intergra DC5R.

Dilihat pada bahagian luaran, boleh dikatakan semua kit badan serta aksesori menggunakan jenama Mugen.

Ia boleh dilihat menerusi jeriji, lips depan, cermin sisi, peresap, bonet dan spoiler yang mana harganya sudah mencecah belasan ribuan ringgit.

Malah, komponen kecil seperti pelekat nombor pendaftaran serta pelindung pemegang pintu turut menggunakan jenama talaan daripada Jepun itu.

Paling menarik perhatian adalah rim Mugen MF10L bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar Yokohama AD08R bagi belakang, manakala depan menggunakan Nitto NT555R.

Bagi mengurangkan kelajuan jentera ini, sistem brek ditukar kepada yang berprestasi tinggi iaitu menggunakan jenama Endless 6 Pot.

Bahagian dalaman turut diceriakan dengan aksesori Mugen. Anda boleh melihatnya dari tempat duduk, gear, stereng, pedal, perehat tangan dan cermin pandang belakang.

Boleh katakan barangan ini sangat mahal seperti tempat duduk Mugen MSZ dan meter kelajuan Mugen yang masing-masing berharga RM16,500 serta RM13,000.

Mereka kurang arif dalam dunia modifikasi, kami akan memberi sedikit penilaian harga beberapa komponen yang membuatkan kos itu mahal.

Ini membabitkan harga rim Mugen MF10L yang bernilai melebihi RM20,000, brek Endless (RM15,000), kit badan Mugen (RM12,000), bonet (RM7,000).

Difahamkan juga, pemiliknya mahu menjual jentera terbabit.

Memandangkan ia penuh dengan ‘jajan’, drebar.my senarai barangan yang dipadankan pada Honda Civic Type R ini membabitkan:

Ubah Suai Enjin 2.4 L

Koil/ECU

Lain-lain

Kotak Gear & Klac

Ekzos

Suspensi/Pengendalian

Brek

Rim

Tayar

Luaran

Dalaman

Bengkel