Bekas Jentera F1 McLaren Lewis Hamilton Berjaya Dijual RM27.51 Juta
Erywan
23/07/2021 03:53 MYT
23/07/2021 03:53 MYT
Jentera Formula Satu (F1) McLaren yang sebelum ini pernah dipandu Lewis Hamilton berjaya dijual secara bidaan dengan 4.73 juta pound (RM27.51) pada acara lelongan RM Sotheby baru-baru ini.
Namun, ia bukannya jentera F1 paling mahal yang pernah dijual sebelum ini. Ini kerana ada beberapa model lain melepasi tanda harga itu membabitkan RM31.68 juta (F1 Ferrari dipandu Michael Schumacher pada 2001) dan RM126.73 juta (F1 Mercedes-Benz dipandu Juan Manual Fangio pada 1954).
Bagi jentera Hamilton, ia adalah model McLaren MP4-25 dari musim 2010 dan sejak daripada itu ia disimpan sehingga pada 2019 untuk menjalani restorasi yang dilakukan oleh Jabatan Warisan McLaren. Enjinnya pula dihantar ke Mercedes untuk dibaik pulih sepenuhnya.
Jentera yang berumur lebih sedekad itu, dikuasai enjin 2.4 liter V8 NA dan diperakui sepenuhnya oleh McLaren bahawa ia boleh dipandu di litar.
Kereta itu mempunyai sejarah menarik di Grand Prix Turki 2010 dalam membantu pasukan menduduki tempat kedua dalam Kategori Pengeluaran. Ia juga membantu Hamilton menduduki tempat kedua dalam Grand Prix Cina pada tahun sama.