Ducati Malaysia melancarkan kempen kempen 'Stay Safe, Ride Free' bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang dengan menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pelanggan.

Justeru itu, Ducati Malaysia menawarkan pakej menarik kepada pelanggan untuk rangkaian motosikal terpilih dan anda boleh mengetahuinya melalui platform media sosial Ducati Malaysia. Ciri dan pakej pemilikan itu dibuat khusus untuk memaksimumkan kepuasan, nilai dan ketenangan minda untuk memiliki model Ducati atau Ducati Scrambler.


Pada masa sama, setiap pembelian Ducati akan diberikan Jaket Pintar Ducati yang bernilai RM4,300 yang sesuai digunakan untuk tunggangan harian. Jaket itu mempunyai ciri beg udara dan diaktifkan tanpa menggunakan kabel untuk melindungi bahagian badan.


Bagi memberi penghargaan lebih kepada pelanggan, Ducati Malaysia turut mengadakan Cabutan Bertuah. Untuk menyertainya, anda perlu membeli melalui kedai Facebook Ducati Malaysia dengan satu resit berjumlah RM210 ke atas.


Sementara itu, perkhidmatan mengambil dan menghantar untuk servis turut ditawarkan di semua pusat Ducati bagi penyelenggaraan motosikal. Harga bagi perkhidmatan itu bermula RM100 untuk kawasan Lembah Klang, manakala lokasi lain dikenakan caj yang berbeza.

Untuk mengetahui lanjut perkhidmatan mengambil dan menghantar untuk servis, anda boleh menghubungi:

Lembah Klang:

Pulau Pinang: