Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Antarabangsa

Benelli perkenal dua varian Leoncino 800 di Milan

Erywan 22/11/2019 | 01:47 MYT

Pameran Motor Milan (EICMA) di Itali baru-baru ini, menyaksikan Benelli memperkenalkan model Leoncino 800 edisi 2020. Bukan satu tetapi dua varian iaitu standard dan versi Trail.

Kedua-duanya menggunakan enjin dwisilinder berkapasiti 754cc dengan sistem sejukan cecair. Ia dikatakan boleh menjana kuasa 81.6hp pada 9,000rpm dengan tork puncak 67Nm pada 6500rpm.
Menggunakan reka bentuk kerangka trellis keluli, ia mempunyai sambungan fork hadapan jenis terbaik jenama Marzocchi 50mm yang boleh dilaras. Di belakang, ia menggunakan absober prabeban yang juga boleh diselaraskan.
Keupayaan memberhentikan jentera ini disandarkan kepada brek cakera berkembar 320mm Brembo di hadapan dan cakera tunggal 260mm di belakang. Kedua-dua varian menerima teknologi sistem brek antikunci.
Leoncino 800 yang direka dengan fokus tambahan bagi kegunaan jalan raya dipasang rim jejari 17 inci dengan kedudukan sistem ekzos lebih rendah.
Leoncino Trail 800 pula disarung rim 19 inci pada bahagian hadapan serta kedudukan ekzos sengaja diposisikan lebih tinggi, kira-kira 10mm berbanding model standard.
Selain itu, berat kedua-dua varian ada bezanya. Leoncino 800 adalah seberat 220kg manakala Leoncino Trail 800 ditimbang pada 224kg.
Nampaknya Leoncini berdepan tugas amat berat jika bercadang bersaing dengan Ducati Scrambler disebabkan soal berat. Tiada maklumat didedahkan mengenai harga dan kemasukan dalam pasaran.

;