TEMPATAN
Bentley Hasilkan Continental GT Speed Paling Laju Dalam Sejarah Syarikat
Bentley akhirnya mendedahkan Continental GT Speed baharu dan varian sport coupe ini adalah kereta paling laju keluaran syarikat dalam sejarah 101 tahunnya.
Kereta dua pintu ini menggunakan enjin 6 liter W12 yang meledakkan kuasa 650hp dan tork maksimum 900Nm dengan padanan kotak gear lapan kelajuan pratetapan.

Pembaharuan trenkuasa itu bukan sekadar kenaikan angka output tetapi melibatkan kerja-kerja talaan semula kotak gear robotik demi memastikan peralihan gear lebih lancar. Talaan juga dilakukan pada sistem suspensi dan tetapan stereng.

Aspek kosmetik menyaksikan model ini ada perbezaan pada bolong kemasukan angin dan pemisah udara yang didatangkan dalam tona gelap.

Untuk ruang kabin, pembeli boleh pilih jenis material dan warna pilihan disediakan dari kulit hingga bahan Alcantara. Bentley Continental GT Speed akan mula dijual sebelum akhir tahun ini tetapi tiada petunjuk harganya.

Must-Watch Video