Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

Berita Sedih! Isuzu D-Max Generasi Baharu Sah Tidak Masuk Pasaran Malaysia Tahun Ini

Erywan 09/01/2020 | 04:29 MYT

Pada Oktober tahun lalu, Isuzu Thailand melancarkan D-Max generasi baharu yang hadir dengan reka bentuk lebih menarik.

Namun bagi pasaran Malaysia pula, kita baharu sahaja diperkenalkan dengan Isuzu D-Max versi enjin 1.9 liter.
Biarpun enjin baharu, reka bentuknya masih lagi sama dan tidak perubahan dari segi penampilannya.
Jadi untuk memasuki pasaran Malaysia, ia mungkin mengambil masa yang agak lama bagi model generasi baharu D-Max.
Ini dimaklumkan sendiri oleh pihak Isuzu Malaysia Sdn Bhd (IMSB) pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bersama media semalam.
Untuk pengetahuan anda, IMSB mengambil masa kira-kira empat tahun bagi membawa masuk enjin 1.9 liter ke pasaran Malaysia.
Sementara itu, bagi trak pikap generasi baharu itu yang dilancarkan di Thailand tahun lalu, ia menerima pembaharuan yang cukup ketara dalam keluarga pikap trak Isuzu D-Max.
Dari segi luarannya, bahagian hadapan D-Max serba baharu mempunyai dua bar melintang dan reka bentuk yang lasak. Ia juga diapit sepasang lampu baru moden dengan lampu DRL menyerlah dengan unit lampu kabus bertingkat.
Sisinya juga hadir dengan dapra rekaan baharu yang membuatkan ia lebih sasa, selain lampu belakang padanan LED ‘Edge’ yang kita katakan kelihatan agak elegan berbanding dengan kenderaan lain.
Ia juga dilengkapi dengan tempat pemijak pada bampar belakang untuk memudahkan pengguna memasuki ruangan kargo.
Pembaharuan dalaman dilakukan secara maksimum untuk memberi saingan kepada model trak pikap lain yang berada di pasaran semasa.
Reka bentuk papan pemuka dua bahagian yang sangat unik dengan corong penyaman dingin yang menarik. Butang penyaman udaranya juga lebih ringkas dan kelihatan moden.
Terdapat juga skrin infotainmen sesentuh 9 atau 7 inci yang baru dengan keupayaan Android Auto dan Apple CarPlay, permukaan pintu dan permukaan tekstur baru.
Bagi rangkaian kuasanya, ia ditawarkan dengan dua pilihan enjin seperti di Malaysia. Bagi enjin 1.9-liter RZ4E turbodiesel, ia yang mampu menghasilkan 150hp dan 350Nm tork, manakala Power Blue 3.0 liter pula menyalurkan 190hp dan tork setinggi 450Nm.

;