Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bimota Lancar Tesi H2 Carbon Edition, Edisi Terhad Untuk 250 Unit Sahaja

Erywan
16/03/2021 00:20 MYT
Bimota Tesi H2 versi karbon ini bukan saja membuatkan sportbike berkenaan kelihatan muskular malah lebih garang. Mungkin kerana rekaannya yang masih sama dengan Tesi H2 sebelumnya, tetapi ia kini diperincikan dengan kemasan gentian karbon.


Bagaimanapun harga Bimota Tesi H2 Carbon Edition itu boleh membuatkan anda ternganga kerana ia dijual pada harga GBP60,000 (RM339,675). Carbon Edition yang hanya terhad kepada 250 unit itu ditawarkan dengan skema warna hitam bersama perincian gentian karbon dan kemasan grafik jalur merah.


Tesi H2 menggunakan enjin supercaj Ninja H2 dan lebih uniknya ia menggunakan suspensi swingarm dengan mekanisma pergerakan fleskibel untuk bahagian hadapan. Selain itu, Bimota turut menggunakan komponen karbon bagi mengurangkan berat jentera. Namun, ada tiga jenis material lain yang digunakan oleh Bimota iaitu aluminium dan plastik ABS pastinya.


Enjin Bimota dari Kawasaki dan komponen lain dari kumpulan Kawasaki Heavy Industries yang menyalurkan kuasa 231PS dan tork 141Nm. Pada 15 April 2019, Kawasaki Motors Europe NV mendirikan perusahaan bernama Italian Motorcycle Ivestment SpA (IMI) yang tujuannya mengeluarkan motor Bimota di Rimini, Emilia-Romagna (Italia).


Tindakan itu mengesahkan Kawasaki menguasai saham Bimota. Sebagai informasi Bimota dibangunkan 1972 oleh Valerio Bianchi, Giuseppe Morri dan Massimo Tamburini. Jenama ini terkenal sebagai pengeluar motosikal, tetapi menggunakan enjin dari pengeluar lain. Sayangnya, masalah kewangan membuat jenama terbabit hampir pupus, namun Kawasaki menyelamatkan Bimota dan model pertama mereka ialah Bimota Tesi H2.

#Bimota
;