Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition - Terhad Kepada 36 Unit Sahaja

Erywan
30/12/2020 06:18 MYT
BMW Malaysia mempersembahkan BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition iaitu model edisi terhad sebanyak 36 unit sahaja.


Harganya, ia dijual pada RM392,800 iaitu lebih mahal RM10,000 berbanding BMW 530i M Sport Baharu. Jentera yang luar biasa itu bakal membuat kemunculan pada tahun 2021 dengan tema warna hitamnya yang menawan.


Ia hadir secara eksklusif dalam warna Carbon Black serta disempurnakan dengan set roda aloi ringan M Performance 20 inci dalam penggayaan ‘Double-spoke’ 669 M Orbitgrey, serta gril ‘kidney’ hitam berkilat.


Ruang dalamannya, BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition akan dihiasi dengan material kulit Black Dakota yang dipadankan dengan sulaman berwarna biru, atau material kulit Cognac Dakota dengan sulaman berkontras.


Mulai 4 Januari 2021, BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition baharu akan disediakan secara eksklusif di BMW Shop Online (https://shop.bmw.com.my/), di mana pelanggan boleh menempah varian jentera itu dengan bayaran RM1,000.


BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition – dengan pakej Shadow Line serta set roda M Performance yang bernilai lebih daripada RM37,000, ditawarkan dengan bayaran tambahan sebanyak RM10,000 sahaja.

#BMW