Tempatan

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition”, Harga Bermula RM85,500

gempak
Erywan
10/02/2021
03:48 MYT
Sponsor Banner
BMW F 850 GS “40 Years GS Edition”, Harga Bermula RM85,500
Sempena 40 tahun, BMW Motorrad Malaysia mengambil peluang untuk memperkenalkan BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu buat pasaran tempatan.
BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” menawarkan ABS Pro dan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control) sebagai ciri standard untuk menaik taraf lagi aspek keselamatan pembrekan dan pemecutan.
Penampilannya pula, ia dipadankan warna hitam dan kuning, rim teranod dalam warna emas, serta menggunakan pelitup radiator GS untuk menzahirkan sebuah motosikal yang benar-benar bergaya.
Bahagian hadapan, varian baharu itu memperlihatkan siluet berarus yang dinamik bagi meningkatkan kelincahannya, serta hadir dengan komponen pelindung tangan berwarna kuning yang memberi sentuhan penuh gaya.
Lampu hadapan LED yang melengkapi jentera ini menampilkan Daytime Riding Light sebagai standard, dan ia dipadankan dengan lampu indikator LED.
Panel instrumennya pula memaparkan pelbagai informasi melalui skrin TFT 6.5 inci, selain fungsi ‘Connectivity’ juga ditawarkan sebagai standard bagi model berkenaan.
Di seksyen belakang, ia dilengkapi dengan rak muatan serta tempat duduk belakang berwarna hitam/kuning dengan tulisan GS.
Prestasinya pula, ia menggunakan enjin dua silinder bercirikan penyejukan cecair berseseran 853cc yang menyalurkan output 95hp pada 8,250rpm dengan tork setinggi 92Nm pada 6,250rpm. Kuasa itu disalurkan ke kotak gear enam kelajuan manual.
Memandangkan peminat motosikal di Malaysia menikmati tunggangan jarak jauh dengan jentera GS mereka, fungsi bantuan jelajah juga disediakan melalui Kawalan Luncur (Cruise Control) serta persiapan navigasi bagi peranti GPS yang digunakan demi tunggangan yang lebih memuaskan.
BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu turut hadir dengan fungsi Tunggangan Tanpa Kunci (Keyless Ride), serta sistem pemantauan tekanan tayar (RDC) sebagai standard.
Sesuai dengan ciri premiumnya, ia Pelarasan Suspensi Elektronik Dinamik (Dynamic Electronic Suspension Adjustment), Riding Modes Pro menawarkan Kawalan Brek Enjin Dinamik (Dynamic Engine Brake Control) dan Shift Assistant Pro, termasuk empat mod tunggangan yang boleh diakses melalui sisi bar hendal sebelah kanan.
BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu akan ditawarkan secara eksklusif dalam warna eksterior Black Storm Metallic dan hanya akan tersedia pada tahun 2021 dengan jumlah unit yang terhad.
Harganya pula bermula RM85,500 yang ditawarkan dengan waranti tiga tahun. Dengan ‘Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu bermula daripada RM1,040 setiap bulan. Ia berdasarkan anggaran ‘balloon financing’ bagi pinjaman berjumlah 80 peratus untuk tempoh 4 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024