Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

BMW Group Malaysia Anjur Kempen Istimewa Bagi Model BMW M Terpilih Sempena Hari Malaysia

Erywan
15/09/2021 08:08 MYT
Sempena Hari Malaysia, BMW Group Malaysia menghangatkan lagi sambutan itu bersama barisan jentera BMW M dan pelbagai kempen yang istimewa.

Hari Malaysia bakal menjadi peristiwa yang manis buat peminat BMW M, yang bakal disajikan dengan aneka kempen istimewa di pusat-pusat pengedaran BMW M yang terpilih bagi model-model BMW M kegemaran masing-masing.

Kempen istimewa itu membabitkan model seperti BMW M8 Coupé, BMW M8 Gran Coupé, BMW M850i xDrive Coupé, BMW M3 Competition (dengan Innovation Package), BMW M5, dan BMW X4 M Competition. Ia didatangkan dengan tawaran istimewa seperti pengecualian cukai, kadar faedah 0%, dan tawaran tukar beli yang menarik.


Untuk menghangatkan lagi sambutan itu, pelanggan dan peminat M dapat menikmati tawaran terbabit sepanjang minggu ini.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, meskipun kemeriahannya tidak dapat menandingi sambutan Malaysia Day Drive yang dianjurkan pada tahun lalu, ia tidak bermaksud sambutan tahun ini kurang maknanya.

“Kali ini, kami akan berkolaborasi dengan wakil-wakil pengedar kami untuk menghimpunkan para peminat mengikut garis panduan keselamatan yang ditetapkan bagi meraikan semangat demi Malaysia” katanya.

#BMW