Antarabangsa

BMW M135i xDrive - Hatchback Kompak Yang Memiliki 306hp!

gempak
Erywan
24/07/2020
10:41 MYT
Sponsor Banner
BMW M135i xDrive - Hatchback Kompak Yang Memiliki 306hp!
Bagi yang meminati kereta kompak berpretasi, BMW M135i xDrive adalah satu daripada pilihannya selepas ia baharu sahaja dilancarkan oleh BMW Malaysia.
Jentera itu kini tampil lebih menonjol dengan komponen gril ‘kidney’ yang unik dalam warna Cerium Grey. Pada masa sama, saluran udara di hadapan dan sisi, cermin sisi, dan paip ekzos turut diberi warna Cerium Grey.
Model kompak itu dilengkapi dengan set roda aloi ringan 19 inci dengan penggayaan Ruji V 557 M dwi-warna, selain belakang menerima lampu belakang tiga dimensi serta didatangkan secara eksklusif dengan spoiler belakang BMW M.
Selain reka bentuk baharu, apa yang membuatkan jentera ini lebih menarik adalah enjinnya. Rangkaian kuasa digunakan adalah yang terbaik dalam enjin BMW dengan berkapasiti 2.0 liter empat silinder.
Ia menghasilkan 306hp dengan tork setinggi 450Nm yang disalurkan kepacuan semua roda dan mampu memecut antara 0-100km/j dalam 4.8 saat. Ia juga dikatakan mampu memecut setinggi 250km/j.
Kawalannya diperkuatkan dengan suspensi M Sport serta kuasa hentian diberi kepercayaan kepada brek M Sport. BMW M135i xDrive terbaharu juga hadir dengan ‘Active Sound Design’ yang mampu menguatkan bunyi sebenar daripada enjin dan membuatkan lebih sporty.
Sementara itu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW X1 terbaharu yang dipasang di dalam negara. BMW X1 sDrive18i baharu itu menampilkan enjin sebaris 3 silinder dengan kapasiti berjumlah 1.5 liter yang menghasilkan output 140hp dan 220Nm serta turut dipadankan transmisi Steptronic 7 Kelajuan dengan dwi-klac.
SAV itu boleh mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 201km/j dengan pecutan antara 0-100km/j dalam 9.6 saat. BMW X1 sDrive18i terbaharu didatangkan dengan lampu hadapan LED, termasuk lampu kabus, rel bumbung aluminium dalam kemasan satin, trim eksterior, dan set roda aloi ringan 17 inci dalam penggayaan ruji V 560.
Berbekalkan ruang dalaman yang terbesar dalam kelasnya, BMW X1 sDrive18i baharu hadir dengan ruang but yang boleh dibesarkan sehingga saiz muatannya mencecah 1,550 liter.
Biarpun kedua-dua model itu mempunyai dalam segmen versi kompak, ia memberi citarasa yang berbeza. Bagi harganya, BMW M135i xDrive dijual pada RM355,646.25, manakala RM208,368.48 untuk BMW X1 sDrive18i Terbaharu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live