Antarabangsa

BMW Motorrad Bakal Perkenalkan S1000R Versi 2021

gempak
Erywan
25/11/2020
01:40 MYT
Sponsor Banner
BMW Motorrad Bakal Perkenalkan S1000R Versi 2021
BMW Motorrad bakal memperkenalkan BMW S1000R (2021) yang bakal menerima naik taraf pada enjin dan casis.
Enjin 4-sebaris BMW S1000R itu ditala untuk prestasi jalanan terbaik berbanding kelajuan di litar. Enjin itu memiliki output 162hp dan tork 114Nm yang boleh diperolehi seawal 3,000rpm.
BMW Motorrad juga mengemas kini kotak gear S1000R yang menjadikan gear ke-4, ke-5 dan ke-6 lebih tinggi yang membantu mengurangkan dari segi bunyi bising dan gegaran enjin serta penggunaan bahan bakar ketika menunggang jarak jauh.
Pengeluar itu juga menyatakan jentera S1000R lebih ringan 199kg dengan pengurangan sekitar 5kg. Bahkan berat badan S1000R itu boleh dikurangkan lagi menerusi penggunaan Pakej M yang menawarkan rim tempa atau gentian karbon.
Sementara itu, ciri keselamatan yang ditawarkan antaranya 6-paksi IMU, ABS Pro, Kawalan Traksi Dinamik (dengan ciri wheelie) dan turut tersedia pilihan Mod tunggangan Pro, Kawalan Brek Dinamik Pro dan tetapan Kawalan Brek Enjin. Ciri peralatan lain termasuklah lampu LED dan paparan TFT 6.5-inci sebagai standard. Buat masa ini tiada harga diumumkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live