Antarabangsa
BMW Motorrad Cipta Kejayaan Jualan Kesembilan Tahun Lalu
BMW Motorrad berjaya menjual lebih banyak motosikal dan skuter pada tahun lalu, mencatat kenaikan jualan sebanyak 5.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sehingga bulan Disember lalu, sebanyak 175,162 kenderaan dua roda sudah tiba pemilik baharu di seluruh dunia. Tahun sebelumnya, BMW cuma jual sebanyak 165,566 motosikal dan skuter.
Ketua BMW Motorrad, Dr. Markus Schramm berkata: 2019 adalah satu lagi tahun kejayaan buat BMW Motorrad walaupun berdepan banyak cabaran sekali gusmencatat rekod jualan buat kali kesembilan.
Schramm menyatakan strategi pihaknya berjaya memberi kesan dan ini dapat dilihat pada jumlah jualan motosikal tahun lalu.
Kejayaan BMW Motorrad dibantu oleh pelancaran tujuh model yang mengukuhkan segmen portfolio motosikal jenama Jerman itu. Divisi motosikal BMW mengesahkan tahun ini akan menyaksikan lebih banyak produk inovatif baharu diperkenalkan.
Jerman kekal sebagai pasaran terkuat BMW Motorrad dengan jualan 26,292 unit motosikal. Perkembangan lain di Eropah pula menyaksikan Perancis mencatat jualan 17,300 buah motosikal dan skuter, diikuti Itali (15,580 unit), Sepanyol (12,607 unit) Britain/Ireland (9,611 unit).
BMW Motorrad menyatakan pihaknya masih relevan di beberapa pasaran penting termasuk Amerika Syarikat dan Kanada selepas menjual 15,116 buah motosikal dan skuter.
Di China, BMW rekod peningkatan jualan 16.6 peratus manakala Brazil menyaksikan kenaikan jualan sehingga 36.7 peratus.
Model BMW Motorrad yang paling laris ialah BMW R 1200/1250 GS dan BMW R 1200/1250 GS Adventure dengan rekod jualah lebih 59,000 unit.
Must-Watch Video