Tempatan
BMW S 1000 RR versi M lancar di Malaysia - RM138,500
Sempena MotoGP Malaysia 2019, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan model superbike berprestasi tingginya menerusi model BMW S 1000 RR versi M.
Ia adalah adalah model terbaharu sebagai generasi ketiga. Menariknya, komponen enjin dan suspensinya sudah melalui proses pembangunan yang komprehensif untuk kekal menjadi penanda aras dalam sektor superbike, lengkap dengan reka bentuk serba sporty.
BMW S 1000 RR kini dilengkapi engan kerangka “Flex Frame”, ia membentuk tangki bahan api yang tampak lebih langsing serta seksyen tempat duduk membekalkan keselesaan dan sokongan yang lebih baik, termasuk cengkaman untuk bahagian lutut penunggang.
Lampu hadapannya dengan padanan teknologi LED tanpa reflektor, ia menggabungkan cahaya rendah dan tinggi dalam satu elemen yang kompak. Pakej M Sport pula melengkapi BMW S 1000 RR baharu dengan Tempat Duduk M Sport yang eksklusif, serta lampu brek yang mempunyai spesifikasi negara, dan set roda gentian karbon “M” sekali gus menyerlahkan lagi penampilan sporty jentera itu.
Hadir dengan tahap prestasi yang baharu, BMW S 1000 RR dikuasakan enjin sebaris 4 silinder yang terkini. Enjin berkapasiti 999cc mampu menyalurkan sehingga 207hp pada 13,500 rpm, dengan kelajuan tertinggi melebihi 200 km/j.
Ia juga hadir dengan tork lebih tinggi, berjumlah 113 Nm pada 11,000rpm, yang mana tahap penggunaan bahan api mencecah 6.4 liter bagi 100 km.
BMW S 1000 RR turut dilengkapi dengan bateri ringan “M” bebas penyelenggaraan dengan kuasa berjumlah 12 V / 8 Ah. Bukan itu sahaja, BMW S 1000 RR didatangkan dengan BMW ShiftCam Technology yang membekalkan variasi pemasaan injap serta lejang injap pada komponen salur masuk.
Menerusi ruang salur masuk yang dikemas kini, sistem enjin dan ekzos lebih ringan menyumbang pengurangan berat daripada 208 kg kepada 193.5 kg, lantas meningkatkan prestasi keseluruhannya.
Generasi baharu komponen suspensi elektronik Dynamic Damping Control (DDC) juga sebahagian daripada motosikal ini. Ia dibangunkan secara khusus buat BMW S 1000 RR, DDC berkenaan tidak memerlukan sebarang kompromi dari segi penetapan sistem suspensi.
Ia didatangkan dengan empat mod tunggangan sebagai standard – “Rain”, “Road”, “Dynamic” dan “Race”. Tambahan lagi, Superbike itu bakal menampilkan “Pro Modes” yang menawarkan tiga lagi mod tunggangan – “Pro 1”, “Pro 2” dan “Pro 3”.
Ciri baharu yang lain membabitkan panel instrumen skrin TFT bersaiz 6.5 inci yang dihubungkan dengan “Multi Controller” pada panel bar hendal di sebelah kiri dan ia boleh dioperasikan dengan segera, selamat dan mudah.
Skrin paparan yang disuaikan secara peribadi juga menawarkan pelbagai kegunaan kepada penunggang. Skrin “Pure Ride” memaparkan semua informasi yang diperlukan untuk kegunaan lazim di atas jalan raya, manakala tiga skrin “Core” ditujukan untuk digunakan di litar lumba.
Ia dibelakangi oleh rekaan dinamik yang menampilkan warna-warna BMW M. Pelet warna BMW Motorsport merangkumi “Racing Blue”, “Lightwhite” dan “Racing Red” yang menonjolkan DNA perlumbaan BMW M.
BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS - Model Roadster yang dipertingkatkan
Pada masa sama, BMW Motorrad Malaysia turut melancarkan dua model baharu Roadster membabitkan BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS.
Apa yang menariknya, kedua-dua model itu menggunakan enjin ‘boxer’ yang dibangunkan semula untuk menyalurkan kuasa dan tork lebih tinggi.
Hadir dengan reka bentuk Style HP yang rapi, BMW R 1250 R memperlihatkan kualiti jentera Roadster yang lasak bersama kombinasi warna Lightwhite, Racing Blue dan Racing Red.
BMW R 1250 RS pula hadir dengan “Style Exclusive” yang menampilkan kemasan yang elegan pada bahagian tubuhnya dalam warna biru “Imperial Blue”.
Berhubung prestasinya, kedua-dua dikuasakan oleh enjin ‘boxer’ dengan kapasiti berjumlah 1,254 cc yang mampu menjana output mencecah 136hp pada 7,750 rpm, dengan tork sehingga 143 Nm pada 6,250 rpm.
Enjin itu dipadankan BMW ShiftCam Technology buat pertama kali, ia membekalkan variasi pemasaan injap serta lejang injap pada komponen salur masuk. Di samping itu, aci sesondol salur masuk kedua-dua model juga direka semula untuk proses pembakaran yang lebih efektif.
BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS turut dilengkapi dengan "Riding Modes Pro”, ia menampilkan mod tunggangan tambahan, “Dynamic” dan “Dynamic Pro”, serta Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control atau “DTC”) yang membekalkan kadar pecutan yang lebih efisien dan selamat.
Kedua-dua jentera itu kini dilengkapi “Connectivity” sebagai kelengkapan standard, kluster instrumen multifungsi dengan skrin TFT 6.5 berwarna penuh.
Perkhidmatan Pembiayaan
Dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW S 1000 R terbaharu bermula daripada RM1,690.00 setiap bulan. BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS masing-masing dengan bayaran bulanan RM1,250 serta RM1,300. Jumlah itu berdasarkan pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh 4 tahun.
Harga jualan di atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.
- BMW S 1000 RR - RM138,500.00
- BMW R 1250 R - RM102,500.00
- BMW R 1250 RS - RM106,500.00
Must-Watch Video