Antarabangsa

BMW S 1000 XR Baharu - Motosikal Kembar Sport Yang Berharga RM121,500

gempak
Erywan
01/07/2020
09:45 MYT
Sponsor Banner
BMW S 1000 XR Baharu - Motosikal Kembar Sport Yang Berharga RM121,500
BMW Motorrad Malaysia memperkukuhkan barisan motosikalnya dengan memperkenalkan BMW S 1000 XR baharu selaku segmen jentera dua roda kategori kembara sport.
BMW S 1000 XR hadir beberapa pembaharuan termasuk pada rangka utama, pengapit tangki bahan api dan tempat duduk yang menawarkan sokongan serta cengkaman lutut yang ditambah baik.
Ia juga lebih ringan sehingga 10kg berbanding model terdahulu, selain dilengkapi indikator membelok dan dipadankan lampu LED untuk hadapan serta belakang.
Bagi memudahkan jentera ini dilihat pada waktu siang, Headlight Pro DRL diintegrasikan sebagai ciri kefungsian standard pada motosikal berkenaan.
Rangkaian kuasanya pula, ia menggunakan enjin empat silinder sebaris dengan kapasiti berjumlah 999cc. Ia menyalurkan output 165hp dan tork setinggi 114Nm serta mampu memecut sehingga 200 km/j.
Tahap penggunaan bahan api, ia hanya menggunakan 6 liter bagi setiap 100km dan dilengkapi empat mod tunggangan sebagai standard membabitkan Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro.
BMW S 1000 XR terbaharu juga dilengkapi teknologi generasi terkini seperti Kawalan Cengkaman Dinamik serta fungsi DTC Wheelie yang boleh dikonfigurasikan secara berasingan. Ia turut dipadankan Hill Start Control Pro sebagai ciri standard untuk menawarkan bantuan di laluan yang curam.
Panel instrumen yang diperbaharui pada BMW S 1000 XR memaparkan pelbagai informasi melalui skrin TFT 6.5 inci. Ia dapat dilihat dengan jelas walaupun dalam kondisi pencahayaan yang mencabar.
Paparan TFT BMW S 1000 XR baharu ini boleh dioperasikan dengan mudah menggunakan bar hendal menerusi Motorcycle Multi Controller. BMW S 1000 XR terbaharu akan disediakan di semua premis wakil pengedar BMW Motorrad yang bertauliah di seluruh negara mulai 1 Julai 2020.
Sementara itu, BMW Motorrad Malaysia turut menawarkan secara terhad kepada 18 unit sahaja di Malaysia untuk BMW R 18.
Kruiser mewah itu menggunakan enjin boxer sesaran yang terbesar pernah dibangunkan oleh BMW. Enjin boxer empat lejang, dua silinder yang disejukkan melalui udara/minyak menggunakan rangkaian kuasa kapasiti 1,802cc.
Ia turut hadir dengan gear mengundur dan pelitup penapis bahan api yang boleh dikunci sebagai standard.
Mereka yang mahukan kustom BMW R 18, opsyen untuk menambah aksesori yang merangkumi aneka variasi tempat duduk, bar hendal, pelitup injap, plat dada enjin, kompartmen muatan serta palang pelindung enjin, termasuk pelbagai aksesori turut disediakan.
BMW R 18 First Edition terbaharu akan ditawarkan mulai Oktober 2020. Bagaimanapun, tempahan awal boleh dibuat dalam talian melalui https://bmwmotorrad-r18.com/R18.
Kedua-dua model itu dijual bermula:
  • BMW S 1000 XR Terbaharu -RM121,500
  • BMW R 18 First Edition Terbaharu- RM156,500
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live