Boeing Jual Perabot Komponen Kapal Terbang Dan Jet Tempur
Erywan
21/12/2020 03:40 MYT
21/12/2020 03:40 MYT
Sebelum ini, kita kerap melihat bangkai pesawat dibiarkan reput di satu kawasan terbuka atau mungkin dipanggil kubur kapal terbang.
Tapak sebegitu akan menjadi port mencari alat ganti terpakai. Terfikir juga, mengapa tidak mahu kitar semula atau diproses komponen balik untuk kegunaan lain
Nampaknya, Boeing sudah ada memulakan usaha itu dengan tawaran pelbagai jenis perabot yang dihasilkan daripada komponen pesawat jenis pengebom, jet tempur dan penerbangan komersial.
Katalog yang ditawarkan itu termasuk kerusi yang diambil keluar daripada beberapa jenis kapal terbang termasuk tempat duduk juruterbang pesawat tempur F-4 Phantom dengan dua pilihan.
Harga tempat duduk F-4 Phantom bermula serendah AS$12,500 (RM50,725) hingga AS$19,500 (RM79,131). Pilihan kerusi lain ditawarkan termasuk F-100 Super Sabre (AS$19,500) dan Boeing 707 berharga AS$6,900 (RM28,000).
Jika mencari meja, Boeing juga menawarkan pilihan luas dengan campuran komponen enjin kapal terbang seperti bilah turbin JT9D. Untuk ruang pejabat, ada pilihan meje penyambut tetamu yang agak luar biasa, membabitkan komponen kowl enjin Douglas DC-10. Harganya cuma AS$9,500 (RM38,551).
Bagi mereka yang gemar minum wain, ada juga bar wain yang terhasil daripada komponen pesawat. Ada boleh berkunjung ke laman www.boeingstore.com untuk melihat senarai perabot dan harga.