Antarabangsa
Boon Siew Honda Tutup Operasinya Mula Hari Ini Sehingga 31 Mac.
Selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Boon Siew Honda mengumumkan untuk menutup semua operasinya bermula 18 sehingga 31 Mac ini. Operasi mereka akan bersambung semula pada 1 April ini 2020.
Bagaimanapun, operasi Perkhidmatan Pelanggan masih boleh memberikan sokongan kepada pelanggan melalui talian WhatsApp di 012-499 3991 atau menerusi email di enquiry@bswhonda.com.my.
Boon Siew Honda memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dalam tempoh itu. Untuk maklumat lanjut mengenai pengumuman ini, pelanggan boleh melayari www.boonsiewhonda.com.my.