Antarabangsa
Boss Yamaha Indonesia Warga Jepun, Cakap Bahasa Indonesia Ketika Lancar Aplikasi Baharu
Yamaha Indonesia baru sahaja melancarkan aplikasi baharu MY Yamaha Motor buat pasaran negara berkenaan.
Ia satu aplikasi untuk meningkatkan kepuasan kepada pelanggan berhubung produk Yamaha di negara berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang menariknya Pengarah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing, Minoru Morimoto berbicara dalam bahasa Indonesia ketika melancarkan aplikasi My Yamaha Motor yang disiarkan menerusi youtube akaun Yamaha Indonesia.
Kini Yamaha Indonesia mempunyai dua aplikasi iaitu Y-Connect dan MY Yamaha Motor.
Y-Connect diperkenalkan pada akhir tahun lalu, yang mana pengguna boleh mengakseskan dengan Yamaha Nmax 155 baharu, ia menjadi teknologi pertama bagi motosikal buatan Indonesia. MY Yamaha Motor pula untuk memudahkan pelanggan dalam untuk mendapat maklumat terbaik dari Yamaha.
Must-Watch Video