Tempatan

Brabus 800 - Ada 800hp Dengan 1,000NM, Pecut 0-100km/j Dalam 3 Saat

gempak
Erywan
11/05/2021
02:35 MYT
Sponsor Banner
Brabus 800 - Ada 800hp Dengan 1,000NM, Pecut 0-100km/j Dalam 3 Saat
Dengan 612PS dan 850Nm dalam versi standard, Mercedes-AMG E 63 S sudah cukup untuk menakutkan siapa sahaja yang memandu atau menaikinya. Namun, itu tidak menghalang Brabus daripada membawa prestasinya ke tahap yang lebih tinggi dengan rekaan terbarunya yang dikenali sebagai Brabus 800.
Untuk mengekstrak lebih banyak kuasa daripada enjin 4.0-liter biturbo V8 itu, Brabus menggunakan sepasang pengecas turbo baharu yang mempunyai unit pemampat yang lebih besar, gegalas paksi yang diperkuatkan serta meningkatkan tekanan boost kepada 1.6 bar.
Selain itu, modul ‘plug-and-play’ Brabus PowerXtra turut digunakan untuk menala semula suntikan bahan api, pencucuhan dan kawalan tekanan boost. Ditambah dengan lubang ambilan udara karbon yang diintegrasikan ke dalam jeriji, enjin itu kini mampu menghamburkan 800PS dan 1,000Nm.
Ini memberikan sedan itu prestasi seakan supercar, dengan pecutan 0-100km/j dalam tiga saat dan kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik pada 300km/j. Ia bukan sahaja lebih laju, malah menghasilkan bunyi yang lebih garang menerusi sistem keluli tahan karat berprestasi tinggi dengan muncung gentian karbon.
Sudah tentu, jentera talaan Brabus tidak akan lengkap tanpa kehadiran komponen gentian karbon. Untuk 800, syarikat itu menggunakan lip spoiler bagi mengurangkan daya angkat pada gandar hadapan, spoiler ‘ducktail’ untuk janaan ‘downforce’ yang lebih tinggi serta diffuser. Rim 21 inci dan kit suspensi yang lebih rendah memberikan sedan ini penampilan yang lebih agresif.
Untuk ruang dalaman, Brabus menawarkan plat ambang pintu dengan logo bercahaya, set pedal aluminium, karpet lantai dan pelbagai lagi. Selebihnya, bergantung kepada kemahuan dan cita rasa pelanggan itu sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live