Bukan biasa-biasa traktor JCB, laju maksimum 167km/j!
Jika memandu di jalan raya dan melihat sebuah traktor di hadapan, sudah pasti anda rasa tertekan kerana perlu mengikutnya dengan kelajuan yang perlahan.
Namun bukan dengan traktor JCB ini, kerana ia boleh memecut sehingga 167km/j sekali gus memecah rekod Guinness.
Rekod sebelum ini dipegang oleh The Stig pada tahun lalu dengan memandu sebuah traktor enjin berkapasiti 5.7 liter dan kelajuan tertinggi 140km/j.
Apa yang dilakukan adalah menaik taraf enjin 7.2 liter dengan menyalurkan 1,000hp serta tork luar biasa sehingga 2,500Nm.
Selain itu, beratnya dikurang serta reka bentuknya diubah semula untuk meningkatkan aerodinamik bagi mengurangkan geseran angin.
Traktor itu dipandu oleh bekas pelumba motosikal dan pengacara televisyen British, Guy Martin di lapangan terbang tentera Elvington, York, England.