Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Watch

Bukan wagon biasa-biasa

Public Anonymous User 02/02/2018 | 06:00 MYT

Sekiranya mengekori belakang kereta ini, pasti ramai yang mengingati kereta mayat atau Volvo T5.

Bagaimanapun, jentera yang menyeri ruangan modifikasi drebar,my ini diberi nama Mitsubishi Lancer Evolution 9 Edisi Wagon.

Ia dikeluarkan pada 2006 berkod CT9W dan pastinya mengejutkan peminat Evo kerana Mitsubishi mengeluarkan kereta berprestasi dengan bentuk wagon.

Bagi menambah lagi keistimewaan jentera ini, Mitsubishi hanya mengeluarkan 5,000 unit sahaja di seluruh dunia yang boleh dikatakan barang ‘rare’.

Jika berkunjung ke pantai timur, jentera Mitsubishi pasti lebih banyak dilihat berbanding kereta berjenama lain dan Evo Wagon ini pula berasal dari bandar ikan patin iaitu Temerloh, Pahang.

Mereka yang meminati kereta lebih gemar menghiasi jentera masing-masing dengan konsep yang lebih garang.

Bagi pemilik Mitsubishi Lancer Evolution 9 Edisi Wagon, Saiful Azrul, atau lebih dikenali sebagai Acik Pelepap memilih kit badan versi Voltex Circuit asli sepenuhnya daripada Jepun untuk menyerlahkan lagi jenteranya kerana tidak mahu digelar kereta mayat.

Bagi Acik Pelepap, aksesori asli adalah satu faktor utama dalam menghasilkan jentera yang terbaik.

Jadi jenteranya itu menjalani beberapa penukaran komponen membabitkan bampar, bonet dan but gentian karbon, skirt sisi, diffuser, spoiler GT Voltex dan cermin sisi Ralliart. Menariknya, sudah tentu kit badan Voltex dan juga warna merah yang ‘merecik’ ini.

Tambahan pula dengan rim Te37 9.5JJ ofset +15 yang dibaluti tayar Yokohama AD08 untuk memastikan jentera melekat di jalan raya.

Difahamkan, rim keluaran Volk Rays Engineering itu sukar diperoleh bagi kelebaran dan ofset sedemikian, tambahan pula harganya juga sangat mahal.

Memastikan selekoh boleh diambil dengan kelajuan maksimum, penyerap hentak serta spring boleh laras Tein Monoblock digunakan, selain ia kestabilan ditingkatkan dengan bar Cusco di bahagian hadapan dan di belakang.

Bentuk kereta yang biasanya dipandu oleh golongan ibu itu sudah pasti memerlukan keselesaan ketika memandu.

Jadi, ruangan dalaman dikekalkan, cuma papan pemuka diletak meter ‘7 beradik’ dan advance ZD keluaran Defi untuk memastikan enjin ditala dengan sempurna, selain ditambah Kawalan Boost GReddy serta pemasaan turbo Blitz.

Berikutan panel meter asal kelihatan agak biasa, ia turut ditukar dengan produk Ralliart yang mana harganya juga tidak masuk akal.

Jika membuka bonet hadapan, enjin asal 4G63T masih dikekalkan dengan transmisi automatik. Namun, enjin itu tidak dibiarkan standard selepas menukar penapis udara HKS serta kebuk pernafasan Carbon Fiber.

Bagi memberi penyejukan yang sempurna pada sistem turbo, intercooler ditukar kepada saiz lebih besar dan dipadankan ‘blow-off’ HKS jenis SSQV.

Emisi dari kebuk pembakaran disalur keluar menerusi paip tahan karat berukuran tiga inci dan diakhiri dengan peredam bunyi HKS.

Dengan modifikasi sebegini, ia mungkin ditinggal jauh oleh ‘geng’ Evo lain. Jadi, unit ECU ditukar kepada Link plug-in Evo untuk memastikan pembakaran campuran minyak dan udara dihasilkan secara optimum supaya enjin dapat memacu dengan lebih laju.

Sementara itu, menghasilkan jentera yang jarang ditemui ini juga memakan masa lama kerana untuk mendapatkan komponen dari Jepun.

Jadi setiap tempahannya memerlukan masa lama antara seminggu sehingga empat bulan untuk tiba ke Malaysia.

Baca juga artikel lain:

>>Mitsubishi Evo VIII Voltex.

>>Mitsubishi Lancer bertukar kepada Evolution.

Dari Evo Wagon standard kilang ke tahap sebegini, ia diubah suai hampir setahun dan kos untuk menyiapkan projek Evo Wagon Voltex menelan belanja sejumlah RM70,000.

Namun, 50 peratus daripada kos itu adalah semata-mata untuk membeli kit badan Voltex.

>>Klik untuk galeri gambar jentera ini.

;