Syarikat Sweden, Cake menjadikan Pameran Motor Milan (EICMA) baru-baru ini, sebagai pentas melancarkan dua model jentera elektrik terbaharunya iaitu Osa.

Model Osa itu ialah Osa Lite yang dikelaskan sebagai jentera pacuan unit motor dan Osa+ iaitu sebuah motosikal.

Lite boleh dipacu sepantas 48 kilometer sejam (km/j) manakala Osa+ dengan kelajuan tunggangan 100km/j.

Kedua-dua model dengan rim jejari sebesar 14 inci mempunyai keupayaan ditunggang atas jalan raya biasa dan juga off-road. Tayar yang dipasang padanya mempunyai dwi kegunaan untuk kedua-dua jenis permukaan jalan.

Pelanggan ditawarkan dua opsyen bateri iaitu 1.5 Kilowat Sejam (kWh) dan 2.5 kWh. Kedua-dua jentera dikatakan boleh ditunggang sejauh 100km.

Masa yang diperlukan untuk mengecas bateri penuh adalah selama tiga jam menggunakan soket biasa.

Menariknya, anda ada pilihan untuk memasang atau membuat sehingga 1,000 konfiguasi pada varian Osa. Berat tanpa pek bateri jentera ini cuma 65 kilogram.

Ada berpuluh-puluh pengepit, bakul, peralatan sawat dan beg boleh dipasang pada kedia-dua varian. Lebih banyak komponen, lebih berat sekali gus menjejaskan jarak serta ketahanan kuasa bateri.