Topi keledar jenama Crosshelmet boleh dikatakan canggih kerana mempunyai ciri melihat atau memantau kondisi jalan sehingga 360 darjah.

Produk itu diusahakan oleh sebuah syarikat dari Jepun, Borderless Inc dan kehadirannya memberi pemandangan yang jelas sekali gus mampu meningkatkan keselamatan kepada penunggang motosikal.


Topi keledar itu mempunyai ciri canggih dengan menggunakan kamera di belakangnya. Kamera itu terhubung dengan paparan yang berada di bahagian atas visor topi keledar.


Ia dikatakan membolehkan penunggang memantau keadaan sekeliling dengan sudut 360 darjah, selain itu ia boleh disambung dengan telefon pintar untuk navigasi. Jadi tidak perlu meletak pada bahagian hendal motosikal.


Dari segi reka bentuknya, ia menggunakan konsep topi keledar penutup penuh yang mempunyai pelbagai saiz untuk penggunanya. Pada masa sama di bahagian tepinya mempunyai lampu LED sebagai ciri keselamatan kepada penunggang.


Jika anda tertarik untuk memilikinya, topi keledar itu boleh dibeli di laman sesawang rasmi https://crosshelmet.com. Harganya pula, ia dijual pada USD1,799 (RM7,551).