Antarabangsa

Caterham Lancar Super Seven 1600 Baharu, Masih Kekal Era Retro Zaman 70-an

gempak
Erywan
20/04/2020
07:40 MYT
Sponsor Banner
Caterham Lancar Super Seven 1600 Baharu, Masih Kekal Era Retro Zaman 70-an
Caterham memperkenalkan ahli terbaru dalam barisan model mereka iaitu Super Seven 1600.
Menurut jenama dari England itu, model ini direka dengan inspirasi retro era 70an namun ia diadun dengan aspek mekanikal zaman moden.
Apa yang dimaksudkan adalah penggunaan enjin Ford Sigma 1.6 liter empat silinder yang menghasilkan 135hp dan 165Nm tork tanpa sebarang bantuan pengecas turbo atau supercharger.
Jumlah kuasa itu bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan mengagumkan pada zaman kini, namun harus diingat bahawa jentera ini lebih ringan berbanding Mazda MX-5 dengan berat kira-kira 564kg.
Dengan transmisi manual lima kelajuan yang menggerakkan roda belakang, Super Seven 1600 mampu melakukan pecutan dari 0 hingga 96km/j dalam lima saat sebelum ia mencapai kelajuan maksimum pada 195km/j.
Bagi memberikannya imej klasik, Caterham memasang dapra lebar pada bahagian hadapan dan rim ala Minilite berukuran 14 inci yang boleh didapati dengan kemasan aluminium, warna emas atau warna badan.
Pilihan warna yang ditawarkan juga vintaj iaitu Racing Green, Caribbean Blue, Tuscany Red, Saxony Grey, Serengeti Orange, Bordeaux Red, dan Oxford White.
Ruang kabin turut mengekalkan tema klasik dengan kehadiran stereng kayu dan upholsteri kulit. Apa yang menarik, pelanggan boleh memilih antara casis standard (S3) atau casis lebar (SV).
Super Seven 1600 ditawarkan dalam bentuk kit pemasangan sendiri (DIY) dengan harga bermula dari £33,495 (RM183,420).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live