Antarabangsa
Comelnya! Kereta Polis Subaru 360 Enjin Dua Lejang Untuk Dijual
Unit pertama Subaru 360 keluar daripada barisan pengeluaran ialah pada tahun 1958. Kereta seberat 453 kilogram dengan penggunaan enjin dua slinder ini mampu meneruskan hayat pengeluaran sehingga 1971.
Subaru berjaya menjual lebih 392,000 kereta Subaru 360 sepanjang tempoh 12 tahun. Sebelum produksi ditamatkan, Kementerian Pengangkutan New Zealand memperuntukkan satu unit untuk tugasan polis dan kini, anda boleh memilikinya.
Kereta ini akan dijual pada acara lelongan Elkhart oleh firma RM Sotheby's pada 1 dan 2 Mei di Elkhart, Indiana di Amerika Syarikat. Menariknya, kereta ini dijual bersama liveri asal hitam putih Kementerian Pengangkutan New Zealand, siren dan bar lampu serta topi bobby (topi polis).
Enjin aspirasi biasa dua silinder ini adalah jenis 2 lejang dan disambung pada kotak gear empat kelajuan manual, menghasilkan 25hp. Kereta ini menggunakan bar kilas bebas (torsion bar) pada bahagian hadapan dan sistem suspensi di belakang. Semua rodanya dipasang brek jenis dram.
Sebelum ini, kereta Subaru 360 ini pernah dilelong pada 2010 dan meraih harga jualan AS$16,500 (RM71,960) di Monterey, California di Amerika Syarikat. Jualan kali ini tidak menetapkan harga minimum. Siapa berani bida harga paling tinggi, Subaru ini miliknya.