Bagi memutuskan penyebaran wabak Covid-19 ini, satu daripadanya yang disarankan oleh kerajaan adalah penjarakan sosial atau jaga jarak antara individu.

Perintah itu meminta setiap individu harus menjaga jarak yang selamat antara 1 meter, namun masih ada lagi segelintir individu masih lagi ingkar arahan itu.



Bagi memberi lagi kesedaran kepada masyarakat, Audi dan Volkswagen turut mengambil inisiatif dengan mengubah logonya. Logo itu dijarak antara satu sama lain sebagai memberi kesedaran penjarakkan sosial.



Logo Audi yang terdiri daripada 4 lingkaran yang saling terhubung kini diubah dengan menjarakkan antara satu sama lain bagi bentuk bulat itu.

Volkswagen juga tidak ketinggalan, apabila logo jentera automotif Jerman itu menjarakkan ‘V’ dan ‘W’.

Namun, logo itu mungkin hanya untuk sementara sahaja untuk memberi kesedaran kepada masyarakat global bahawa pentingan penjarakkan sosial dan duduk sahaja di rumah ketika situasi wabak Covid-19 ini.