Dalam memberi sokongan untuk memutuskan rantai merebaknya virus Covid-19, Syarikat Kumpulan Naza tampil dengan memberi sumbangan sejumlah RM1.25 juta kepada pihak kerajaan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Eksekutif Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin Sm Nasimuddin berkata, pihaknya berharap sumbangan itu dapat membantu mereka terkesan impak kewangan dengan masalah pekerjaan dan kehilangan sumber pendapatan disebabkan pandemik global itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada komited yang diberikan oleh petugas perubahan, polis, tentera dan barisan hadapan yang mengawal situasi ini dan memastikan keselamatan kita.

“Selain dari sumbangan kewangan ini, Naza Group akan sentiasa mencari jalan untuk membantu Kementerian Kesihatan dalam menguruskan krisis ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti berdiri bersama untuk mengatasi apa jua yang bakal mendatang,” katanya.

Cek sumbangan itu disampaikan oleh SM Nasarudin kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya tengah hari tadi.