Antarabangsa

Covid-19: BYD Ubah Suai Kilang Kenderaan Elektrik Jadi Pengeluar Topeng Muka Terbesar Dunia

gempak
Erywan
20/03/2020
06:21 MYT
Sponsor Banner
Covid-19: BYD Ubah Suai Kilang Kenderaan Elektrik Jadi Pengeluar Topeng Muka Terbesar Dunia
Kebanyakan syarikat di China temasuk kilang pengeluar seluar dalam dan pembuat kapal mengubah bisnes harian menjadi pengeluar topeng muka angkara pandemik Covid-19.
Portal Xinhua menyatakan pengeluar kenderaan mesra alam China, BYD selaku pengeluar terbesar kenderaan elektrik (EV) juga menyertai projek sama dengan menghasilkan topeng muka dan bahan penyahjangkit atau disinfektan sendiri.
Percaya atau tidak, BYD kini menghasilkan lima juta topeng muka dan lebih 300,000 botol gel disinfektan setiap hari. Projek itu dibuat di taman industri Baolong di selatan bandar metropolis Shenzhen, Wilayah Guangdong.
Lebih 600 pekerja menjalankan kerja-kerja pembungkusan dan memeriksa topeng muka yang keluar dari 100 barisan pengeluaran di kilang BYD berkeluasan 15,000-meter persegi.
Kira-kira sebulan lalu, kilang ini digunakan sebagai kawasan penghasilan komponen elektronik. Li Wei dari Pejabat Presiden BYD menyatakan, semasa penularan virus, topeng muka menjadi alat perlindungan paling pentung selain bahan nyah jangkitan dan sut perlindungan sepenuhnya. Pada ketika ini, BYD berada bawah tekanan untuk meneruskan kerja.
"Kami ada 250,000 pekerja dan jika kami menyediakan dua keping topeng muka untuk setiap seorang, kami perlukan 500,000 topeng muka.
"Shenzhen ada lebih 20 juta orang dan mereka perlukan lebih 40 juta topeng muka jika setiap individu memerlukan dua keping topeng muka. Oleh kerana in, kami memutuskan untuk menghasilkan topeng muka sendiri.”
Ini adalah kisah bagaimana BYD bermula menjadi pengeluar topeng muka terbesar dan bahan disinfektan dunia.
"Kami amat perlukan mesin penghasil topeng muka tetapi setiap mesin memerlukan tempoh 40 hari untuk dibina. Malah untuk membeli peralatan sebegitu dalam keadaan pandemik, ia agak mustahil. Jadi, kami begitu bersungguh-sungguh dan yakin untuk membina mesin sendiri," kata Li. Syarikat membuat rancangan dan menyusun langkah seperti berikut:
  • Tubuhkan pasukan penyelidik
  • Menghasilkan lebih 400 draf peralatan dalam masa tiga hari
  • Mengambil masa tujuh hari menukar draf menjadi mesin sebenar
  • 90 peratus daripada 1,300 komponen dalam mesin pembuat topeng muka termasuk gear, rantai dan penggelek dicipta sendiri pihak BYD
  • Dalam sebulan, BYD sudah dirikan 100 barisan pengeluaran topeng muka
Pada 17 Februari lalu, topeng muka pertama BYD mula dihasilkan dengan setiap barisan mengeluarkan 50,000 keping sehari.
Dengan peningkatan barisan pengeluaran, BYD boleh keluarkan lima juta topeng sehari dan 300,000 botol gen disinfektan.
Selain untuk kegunaan sendiri, BYD menyumbang bekalan topeng muka kepada petugas barisan hadapan hospital, syarikat pengangkutan awam, lapangan terbang dan pelabuhan. Sebilangan topeng muka diberi kepada kakitangan awam serta rakan strategik perniagaan BYD. BYD mahu membina sehingga 200 barisan pengeluaran dan menghasilkan 10 juta topeng muka sehari, untuk dibekalkan ke negara lain yang terjejas teruk akibat Covid-19. Ini akan dibuat selepas menampung pasaran domestik terlebih dahulu.
Pada Ahad lalu, BYD memeterai perjanjian dengan pihak berkuasa tempatan di Shenzhen untuk membekalkan 15 juta keping topeng muka ke enam pasar raya dan farmasi. Setiap topeng dijual pada harga tida lebih 2.5 yuan (RM1.55).
SUMBER: Xinhua dan InsideEvs
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live