Antarabangsa

Covid-19: Fiat Chrysler Automobiles, Bakal Hasil Topeng Muka 1 Juta Sebulan Untuk Didermakan Kepada Barisan Hadapan

gempak
Erywan
24/03/2020
03:07 MYT
Sponsor Banner
Covid-19: Fiat Chrysler Automobiles, Bakal Hasil Topeng Muka 1 Juta Sebulan Untuk Didermakan Kepada Barisan Hadapan
Fiat Chrysler Automobiles (FCA) mengambil langkah untuk membantu barisan hadapan yang terbabit dengan penularan Covid-19 dengan menghasilkan dan menderma 1 juta topeng muka setiap bulan.
Penyediaan kapasiti untuk membuat produksi topeng muka itu sudah pun bermula minggu ini dan dijangka pengeluaraannya bermula minggu seterusnya yang mana produk berkenaan akan diedarkan Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Topeng muka yang dihasilkan oleh FCA akan diedarkan kepada pihak polis, kakitangan hospital, doktor, jururawat dan pekerja klinik kesihatan.
Tindakan itu adalah yang pertama dalam program global kepelbagaian oleh syarikat berkenaan dimana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan, rantaian bekalan dan kejuruteraan dalam memerangai pandemik Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif FAC, Mike Manley berkata, selain beri sokongan dengan meningkatkan pengeluaran ventilator, pihaknya juga dapat mengendalikan dalam industri penjagaan kesihatan dan sangat jelas ketika ini keperluan untuk topeng muka sangat kritikal.
“Kita mengumpulkan sumber-sumber FCA Group untuk memberi tumpuan serta-merta bagi memasang kapasiti pengeluaran untuk membuat topeng, ia sekali gus memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan terutama di barisan hadapan pandemik ini,” katanya.
Laporan sebelum ini, BYD selaku pengeluar terbesar kenderaan elektrik (EV) juga menyertai projek sama dengan menghasilkan topeng muka dan bahan penyahjangkit atau disinfektan sendiri.
BYD kini menghasilkan lima juta topeng muka dan lebih 300,000 botol gel disinfektan setiap hari. Projek itu dibuat di taman industri Baolong di selatan bandar metropolis Shenzhen, Wilayah Guangdong.
Lebih 600 pekerja menjalankan kerja-kerja pembungkusan dan memeriksa topeng muka yang keluar dari 100 barisan pengeluaran di kilang BYD berkeluasan 15,000-meter persegi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live