Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

Covid-19: Ford Gantung Operasi Kilang India, Vietnam, Thailand dan Afrika Selatan

Erywan 26/03/2020 | 04:51 MYT

Ford Motor Company (Ford) mengambil keputusan menggantung sementara beberapa operasi kilang kenderaan dan enjin di pasaran antarabangsa (IMG) disebabkan wabak Covid-19.

Penggantungan operasi IMG bermula sejak 21 Mac lalu (Sabtu) dan akan diteruskan selama beberapa minggu, bergantung kepada beberapa faktor termasuk:

"Kesihatan dan keselamatan pekerja, pengedar, pelanggan, rakan bisnes dan komuniti adalah keutamaan kami.

"Kami akan terus bertindak mengikut keadaan semasa dan mengambil langkah-langkah keselamatan dengan menggantung sementara pengeluaran di kilang kami dalam pasaran global," kata Presiden IMG Ford, Mark Ovenden.
Pada ketika Ford terus memantau situasi, syarikat itu juga menyusun semula jadual pengeluaran asal IMG dan menggantung pasaran demi pasaran:

India - 21 Mac 2020

Vietnam - 26 Mac 2020

Thailand - 27 Mac 2020

Afrika Selatan - 27 Mac 2020

Keputusan menggantung operasi di empat negara ini adalah langkah susulan daripada penutupan operasi di Amerika Utara, Eropah dan Amerika Selatan. Ia melibatkan kilang pengeluaran dan kilang penghasilan enjin Ford.

Ford juga meminta pekerja bekerja dari rumah atau secara remote melainkan golongan petugas terlibat hal perniagaan yang memerlukan mereka berada di luar premis atau di kilang.
Bagaimanapun, langkah pencegahan dan penjagaan diambil bagi melindung jumlah kakitangan kecil yang terpaksa bekerja di luar rumah.

;