Antarabangsa
Covid-19: Lamborghini Tukar Operasi Buat Topeng Dan Pelindung Muka
Pengeluar supercar Itali, Automobili Lamborghini menukarkan operasi pengeluaran kereta kepada menghasilkan topeng dan pelindung muka.
Produk itu akan disumbangkan ke Hospital Sant'Orsola-Malpighi di Bologna, Itali, untuk digunakan dalam memerangi pandemik COVID-19.
Kakitangan yang melakukan operasi itu adalah bahagian komponen ruang kabin Lamborghini, di mana mereka menghasilkan 1,000 topeng sehari. Bagi pelindung muka pula, ia akan dihasilkan 200 sehari yang menggunakan pencetak 3D di kilang pengeluaran gentian karbon dan jabatan Penyelidikan dan Pembangunan.
Sebelum dihantar ke hospital, produk itu perlu mendapat kelulusan Jabatan Sains Perubatan dan Pembedahan.
Selain itu, sebagai tanda perpaduan dan sokongan untuk seluruh negara yang menghadapi Coronavirus, bangunan ibu pejabat bersejarah di Sant'Agata Bolognese, diceriakan dengan warna bendera Itali pada setiap malam.