Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Covid-19: Nissan Buat Video Lawatan Di Koleksi Warisan Nissan Di Jepun, Banyak Kereta Rare!

Erywan
20/03/2020 04:15 MYT
Berikutan penutupan ‘Koleksi Warisan Nissan’ di Jepun akibat mencegah wabak Covid-19, Nissan mengambil cara tersendiri dengan memaparkan lawatan secara maya di saluran mereka di sana.

Video durasi kira-kira 2 jam itu dihoskan seorang jurucakap Miss Fairlady dan kakitangan warisan syarikat berkenaan.

Gudang yang juga dikenali sebagai Gudang Zama itu mengumpul lebih 400 kenderaan membabitkan model klasik, perlumbaan dan jentera konsep.

Bagi mereka yang belum pernah ke sana, ini mungkin peluang untuk melihat jentera-jentera rare yang disimpan di sana.

Jadi sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bermula 18 sehingga 31 Mac ini, apa kata anda melihat video ini untuk menghabiskan masa lapang ketika berada di rumah.

Cuma yang menjadi kesukaran, bahasa yang disampaikan adalah bahasa Jepun dan tidak mempunyai sarikata. Bagi rakyat Malaysia yang rata-rata tidak fasih bahasa Jepun, kita hanya mampu menonton tanpa faham apa yang dikatakan tentang jentera yang rare itu.

;