
Dahler menawarkan
dua pakej talaan prestasi untuk enjin S55 3.0-liter enam silinder sebaris itu. Sebagai permulaan, pakej
Stage 1 akan meningkatkan kuasa enjin kepada 520PS dan 700Nm, sekali gus membolehkan ia memecut sehingga 302km/j.

Sementara itu, pakej
Stage 2 pula ditawarkan untuk pelanggan yang mahukan lebih kuasa dengan janaan mencecah 550PS dan 740Nm. Pengehad kelajuan pula dibuang sepenuhnya. Bagaimanapun, talaan ini tidak mematuhi piawaan emisi di Switzerland dan Eropah, jadi ia hanya ditawarkan untuk unit yang dieksport.

Menurut Dahler, peningkatan kuasa ini dicapai menerusi penggunaan
sistem ambilan udara gentian karbon Eventur. Komponen yang berbentuk kon ini menggunakan efek Venturi untuk meningkatkan kecepatan udara yang masuk ke dalam enjin bagi mendapatkan respon yang lebih cepat serta bunyi lebih menarik.

Selain itu, Dahler menawarkan sistem
ekzos keluli tahan karat yang boleh didapati dengan muncung dengan diameter bersaiz 90mm atau 100mm. Turut ditawarkan adalah sistem suspensi ‘coilover’ Clubsport atau set spring sport yang dibangunkan sendiri oleh syarikat berkenaan.

Pelanggan yang mahukan penampilan yang lebih menonjol boleh memilih rim aloi
Dahler CDC1 berukuran 20 inci yang boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk emas. Di dalam, terdapat ‘roll bar’ dan tempat duduk sport untuk kegunaan ketika di litar lumba.