Syarikat talaan yang berpengkalan di Switzerland iaitu Dahler memperkenalkan projek terbaru mereka yang berasaskan BMW M2 CS. Dengan 450PS dan 550Nm dalam versi standard, M2 CS bukanlah jentera yang lemah namun sentuhan ajaib Dahler membawa prestasi model itu ke tahap yang lebih tinggi.
Dahler menawarkan dua pakej talaan prestasi untuk enjin S55 3.0-liter enam silinder sebaris itu. Sebagai permulaan, pakej Stage 1 akan meningkatkan kuasa enjin kepada 520PS dan 700Nm, sekali gus membolehkan ia memecut sehingga 302km/j.
Sementara itu, pakej Stage 2 pula ditawarkan untuk pelanggan yang mahukan lebih kuasa dengan janaan mencecah 550PS dan 740Nm. Pengehad kelajuan pula dibuang sepenuhnya. Bagaimanapun, talaan ini tidak mematuhi piawaan emisi di Switzerland dan Eropah, jadi ia hanya ditawarkan untuk unit yang dieksport.
Menurut Dahler, peningkatan kuasa ini dicapai menerusi penggunaan sistem ambilan udara gentian karbon Eventur. Komponen yang berbentuk kon ini menggunakan efek Venturi untuk meningkatkan kecepatan udara yang masuk ke dalam enjin bagi mendapatkan respon yang lebih cepat serta bunyi lebih menarik.
Selain itu, Dahler menawarkan sistem ekzos keluli tahan karat yang boleh didapati dengan muncung dengan diameter bersaiz 90mm atau 100mm. Turut ditawarkan adalah sistem suspensi ‘coilover’ Clubsport atau set spring sport yang dibangunkan sendiri oleh syarikat berkenaan.
Pelanggan yang mahukan penampilan yang lebih menonjol boleh memilih rim aloi Dahler CDC1 berukuran 20 inci yang boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk emas. Di dalam, terdapat ‘roll bar’ dan tempat duduk sport untuk kegunaan ketika di litar lumba.
Erywan
Sun Aug 23 2020
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.