Antarabangsa
DÄHLer Tawar 2 Pakej Naik Taraf Kuasa Toyota GR Supra 3.0 Liter, 408 dan 460hp
Sebelum ini, kita pernah dengan beberapa syarikat talaan BMW seperti AC Schnitzer ada memberi sentuhan naik taraf pada Toyota Supra generasi baharu.
Ia bukan satu kejutan kerana di bawah hud supercar Jepun itu, ada enjin enam silinder sebaris BMW Z4 (G29) yang membantu mengepam kuasa ke roda belakang.
Kini, firma talaan Dähler Competition Line AG (DÄHLer) dari Belp dekat Bern (Switzerland) muncul dengan hasil kerja naik taraf mereka pada varian Supra 3.0 liter ini.
DÄHLer menyediakan beberapa siri naik taraf membabitkan kosmetik dan mekanikal untuk menukar model standard kuasa 340hp dan tork 500Nm ini agar lebih menyeronokan.
Dinamakan sebagai pakej DÄHLer competition line, projek naik taraf ini adalah untuk Toyota GR Supra 3.0:
- Meningkatkan kuasa Tahap 1: 408hp, 610Nm, termasuk menanggalkan alat standand memotong kuasa enjin.
- Meningkatkan kuasa Tahap 2: 460hp, 660Nm dan membuat alat standard memotong kuasa enjin V/max.
- Sistem ekzos sport keluli tahan karat binaan DÄHLer.
- Kit sistem suspensi persaingan keluaran sendiri dan boleh dilaras ketinggian serta tahap lembut-keras, atau merendahkan ketinggian kereta dengan set gegelung sport.
- Rim ringan 20 inci DÄHLer CDC1 FORGED dengan balutan tayar Michelin.
- Opsyen rim aluminium 21 inci DÄHLer CDC1 bersama tayar Michelin.
Bagaimanapun, harga pakej ini tidak didedahkan dan jika berminat, anda boleh berhubung dengan mereka menerusi laman www.daehler.com
Must-Watch Video