Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

DS 7 Crossback, SUV premium jenama Perancis berharga RM199,888

Erywan
28/06/2019 11:55 MYT
Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditunggu-tunggu, DS7 Crossback baharu kini dilancarkan buat pasaran Malaysia menerusi pengedarnya, Naza Euro Motors Sdn Bhd.

SUV segmen C premium itu dibekalkan dengan enjin 1.6 THP yang membekalkan 165hp pada 6,000rpm dengan tork setinggi 240Nm pada 1,400rpm.


Kuasa itu disalurkan ke transmisi enam kelajuan automatik (EAT6) yang membenarkan jentera itu memecut sehingga 220km/j.

Bagi memberi gaya pemanduan yang lebih baik, ia dilengkapi dengan Electric Impulse Auto Gear Control yang turut didatangkan padel penukaran gear.


Ia juga tampak gah dengan padanan rim aloi 19 inci Onyx Black yang dibaluti tayar bersaiz 235/50 sekali gus memberi pengendalian stabil di jalan raya.

Penampilan luaran tampak maskulin dan sporty selepas dilengkapi DS Wing bersaluti krom, selain jeriji hitam dengan diperkemasi bentuk berlian. Bahagian belakang pula, lampu dihiasi ciri LED 3D dan diperkemaskan tekstur hitam.


Ruang dalam diperkuatkan lagi dengan kehadiran dua skrin definisi tinggi di bahagian tengah kabin.

Skrin sesentuh pertama bersaiz lapan inci dengan paparan antara muka multimedia. Pada masa sama, ia menawarkan ciri DS Connect yang memiliki pengecas wireless, Apple CarPlay, Android Auto dan Mirrorlink. Skrin kedua bersaiz 12.3 inci pula memaparkan kluster instrumen digital.


Kemasan Performance Line diwakili warna Basalt Black corak Alcantara bersama jahitan atas Carmine/Gold. Ciri mewah kabin dapat dilihat menerusi pedal aluminium dan stereng, hendal pintu dan bahagian tengah yang dibaluti kulit.

Tombol konsol tengah disadur kemasan krom supaya mudah dilihat, manakala pilihan sistem audio FOCAL Electra® HiFi dengan 14 pembesar suara membuatkan alunan muzik semakin lunak dan tepat.


DS7 Crossback ditawarkan dalam warna hitam, putih mutiara, merah dan kelabu pada harga RM199,888 (tanpa insurans). Selain itu, Naza Auro Motors menawarkan waranti 5 tahun atau 120,000km (mana satu tiba terdahulu), 5 tahun bantuan jalanan 24 jam dan akses eksklusif SkyLounge di Subang Skypark.


Dengan pengiktirafan 5-bintang EuroNCAP, Crossback DS7 dilengkapkan segudang ciri keselamatan tinggi membabitkan:


#SUV #DS
;