LEGO Technic dikenali dengan pembabitan, penciptaan dan penghasilan sejumlah model replika berasaskan penggunaan blok mainan.

Jika anda masih ingat, pada Jun lalu, LEGO ada mengumumkan set Land Rover Defender Technic 2020. Sebelum itu, ada model replika super car seperti Corvette ZR1 dan Lego Speed Champions 1974 Porsche 911 Turbo 3.0.



Bagaimanapun, mereka tidak membina semua model dan ini termasuk model McLaren.

Sungguhpun begitu, itu bukan masalah besar bagi seorang jurubina LEGO Technic kerana dia memutuskan untuk membina sebuah McLaren 720S tanpa apa-apa rujukan manual. Ini lazimnya dipanggil MOC atau My Own Creation.



Dia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan pembinaan model replika yang agak menakjubkan, lebih-lebih lagi tanpa panduan pemasangan.

Model kustom LEGO Technic McLaren 720S ini memaparkan modular casis penuh dan binaan badan berserta pintu ibarat sayap rama-rama, but belakang dan hud hadapan yang boleh buka dan empat suspensi berasingan.

Stereng juga boleh dipulas dan lebih menarik, ada kotak gear lapan kelajuan sequential.