Tekno
Ducati Bakal Lancar 7 Skuter Elektrik Dan e-Bike
Ducati ada rancangan untuk melancarkan barisan produk skuter elektrik (e-scooter) dan basikal lipat elektrik (e-bike) untuk kegunaan di kawasan bandar.
Perkembangan itu akan direalisasikan menerusi kerjasama pihak MT Distribution. Rangkaian produk ini dibangunkan dengan kolaborasi Pusat Rekabentuk Ducati dan Italdesign.
Sebanyak tujuh produk akan diperkenalkan sehingga akhir tahun ini iaitu empat e-scooter dan tiga e-bike. Semuanya akan menggunakan jenama Ducati, Ducati Corse dan Ducati Scrambler.
Rangkaian produk ini dihasilkan selepas menjalankan satu kajian mengenai kembara bandar dan pengangkutan mampan.
Dua skuter elektrik pertama akan diperkenalkan ke pasaran antarabangsa pada 20 Jun serta 6 Julai 2020, masing-masing akan dipanggil Cross-E dan Pro II. Skuter ini akan menggunakan motor elektrik 250W hingga to 500W.
Cross-E akan menggunakan jenama Ducati Scrambler dan didatangkan dengan tayar tanpa tiub anti-bocor dan bersaiz lebar. Ukurannya ialah 110/50-6.5 inci. Ia dipacu menggunakan motor elektrik 500W.
Skuter ini boleh ditunggang antara 30 hingga 35 kilometer dengan penggunaan pek bateri 375Wh selain ditunggang pada kelajuan purata 15 km sejam.
Ducati Cross-E turut dilengkapi dua lampu depan LED, skrin digital LCD 3.5 inci dan tiga mode tunggangan. Ducati Pro II dipacu motor 350W dan pek bateri 280Wh. Ia membolehkan anda bergerak sejauh 25-30km setiap kali dicas penuh.
Pro II juga menggunakan tayar kalis bocor berukuran 10 inci, ada suspensi belakang, set brek cakera berkembar (depan jenis elektrik dan belakang pula cakera) serta paparan LCD 3.5 inci.
Basikal lipat Ducati pula akan diperkenalkan ke pasaran global dalam tidak lama lagi. Ducati menyatakan e-bike ini akan mewarisi DNA Ducati. Nantikan sahaja.
Must-Watch Video