Berikutan banjir kilat Lembah Klang minggu lalu, Ducati Malaysia komited untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka dan semua pihak yang terbabit.

Sejak hari Khamis lalu, Ducati Malaysia menilai secara menyeluruh semua motosikal pelanggan di Pusat Servis Ducati Petaling Jaya, yang sesuai dengan garis panduan ditetapkan oleh Ducati Motor Holding.

Selain itu, Ducati Malaysia menghubungi pemilik untuk memberi maklumat terkini mengenai status motosikal mereka.

Pada masa sama, Next Bike bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan untuk memastikan bahawa motosikal demo dan stok adalah mengikut standard serta kualiti tertinggi.

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan ini, Pusat Pameran Ducati Petaling Jaya bakal siap untuk pelanggan dan peminat untuk berkunjung serta melihat model-model baharu jenama Itali itu.

Selain itu, Ducati Sungai Buloh dan Ducati Penang turut mengambil langkah keselamatan serta pencegahan untuk menyambut pelanggan untuk penjualan dan selepas penjualan ketika PKP ini.

Sekiranya mempunyai pertanyaan, anda boleh hubungi kami melalui e-mel di [email protected].