Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ducati Multistrada V4 Dah Masuk Malaysia, Harga Bermula RM135,900

Erywan
17/09/2021 06:34 MYT
Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia memperkenalkan model adventure baharunya menerusi barisan Multistrada V4.

Bagi pasaran negara ini, ia ditawarkan dengan dua varian membabitkan Multistrada V4 dan V4 S yang masing-masing dijual pada RM135,900 dan RM146,900.


Bagi model baharu itu, ia kini dilengkapi dengan enjin V4 Granturismo berkapasiti 1,158 cc yang mampu menyalurkan 170 hp pada 10,500 rpm dengan125 Nm tork pada 8,750 rpm. Ia juga dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan, tetapi versi V4S dilengkapi ciri quickshifter.

Enjin itu juga tidak menggunakan sistem injap desmodromic dan saiznya adalah lebih kecil dan lebih ringan. Ia kini dipadankan treninjap (valve train) standard. Apa yang bagusnya, servis berkala kini adalah setiap 60,000km dengan tempoh tukar minyak enjin setiap 15,000km.


Bagi varian Multistrada V4, ia dipadankan suspensi Marzocchi membabitkan fork 50 mm boleh laras sepenuhnya, serta monoshock di belakang, dengan jarak gerak masing-masing 170 mm dan 180 mm.

Bagi sistem hentiannya pula, ia diberi tugas kepada angkup Brembo empat piston radial M4.32. manakala di bahagian kokpit terdapat skrin TFT-LCD lima inci warna penuh dan lampu menggunakan unit LED (bersama DRL).


Multistrada V4S pula, ia menggunakan skrin TFT-LCD 6.5 inci dan angkup brek hadapan Brembo Stylema empat piston manakala suspensi pula ditambah dengan sistem elektronik Ducati Skyhook.

Varian itu juga dipadankan sistem Vehicle Hold Control, lampu membelok LED, sistem tanpa kunci, Blind Spot Detection dan Cruise Control.


Multistrada V4 ditawarkan dengan empat mod tunggangan membabitkan Sport, Touring, Urban dan Enduro. Bagi pilihan warna pula, Multistrada V4S ditawarkan Ducati Red dan Aviator Grey, manakala Ducati Red untuk Multistrada V4.

#Ducati
;