Antarabangsa

Ducati Panigale Segmen Motosikal Super Sportbike Paling Laris Di Dunia 2019

gempak
Erywan
23/03/2020
04:28 MYT
Sponsor Banner
Ducati Panigale Segmen Motosikal Super Sportbike Paling Laris Di Dunia 2019
Ducati menutup tahun kewangan 2019 dengan cemerlang dengan peningkatan jualan berbandingan tahun 2018.
Tahun lalu, pengeluar jentera dua roda daripada Itali itu menyerah 53,183 motosikal kepada pelanggan berbanding 53,004 bagi 2018. Pada 2019, ia menjadi tahun kelima berturut-turut syarikat berkenaan menjual melebihi 50,000 unit. Perolehan pada akhir 2019, mencapai € 716 juta (2018: € 699 juta) dengan pertumbuhan 2.4 peratus, keuntungan operasi sebanyak € 52 juta (2018: € 49 juta) dan margin operasi sebanyak 7.2 peratus, berbanding 7 peratus yang dicapai oleh pengilang Borgo Panigale tahun sebelumnya.
Panigale dan Multistrada memainkan peranan penting dalam mencapai keputusan itu. Panigale menjadi segmen motosikal super sportbike paling laris di dunia dengan penguasaan pasaran sehingga 25 peratus. Sementara dengan penambahan 950 S dan 1260 Enduro yang diperbaharui untuk rangkaian keluarga Multistrada mencatatkan nilai motosikal tertinggi yang dijual sejak memasuki pasaran pada tahun 2003.
Hari ini, Ducati Motor Holding mempunyai sejumlah 1,655 pekerja. Rangkaian jualan pengeluar motosikal Borgo Panigale membabitkan 720 peniaga dan pusat servis di lebih dari 90 buah negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live