Antarabangsa

Ducati Superleggera V4 - Superbike Edisi Terhad Yang Guna Gentian Karbon

gempak
Erywan
22/06/2020
03:22 MYT
Sponsor Banner
Ducati Superleggera V4 - Superbike Edisi Terhad Yang Guna Gentian Karbon
Ducati memperkenalkan model Edisi Terhad Superleggera V4 dan difahamkan anggaran harga model berkenaan sekitar RM400,000.
Kenapa mahal? Ini kerana segala komponen yang dipasang superbike itu adakah terhad serta menggunakan gentian karbon. Superleggera V4 ialah satu-satunya motosikal di dunia dengan bingkai, swingarm dan rim daripada gentian karbon serta hanya terhad 500 unit sahaja dengan kod #001.
Sudahpun siap dipasang di kilang Borgo Panigale, setiap unit didatangkan dengan sijil, nombor siri dan nombor casis dipaparkan pada kepala hendal dan kunci penghidup. Ciri utama Superleggera V4 itu dibekalkan dengan enjin Desmosedici Stradale R paling ringan dan berkuasa, V4 90° 998cc dengan berat lebih ringan 2.8kg berbanding enjin V4 1,103cc. Padanan ekzos Akrapovic versi trek bersama kit lumba meningkatkan kuasa kepada 234hp.
Kit lumba merangkumi ekzos Akrapovic titanium, penutup klac terbuka gentian karbon, penutup gentian karbon dengan slider titanium, kit ganti lampu depan dan juga lampu lain, kit ganti pemegang nombor pendaftaran, kit ganti tongkat sisi, penutup lubang cermin aluminium daripada bilet, Penganalisis Data Ducati + GPS (DDA + GPS), penutup tangki minyak perlumbaan, penutup motosikal, tongkat depan belakang dan pengecas bateri.
Berat badan lebih ringan disumbangkan juga dengan penggunahan bahan titanium, magnesium dan aluminium. Superbike itu dipadankan dengan tiga mod tunggangan Race A, Race B dan Sport. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi Ohlins ringan dan absorber dengan gegelung titanium bersama brek Brembo dengan pam radial MCS. Tidak ketinggalan alat kawalan untuk melaraskan jarak tuil dan kaliper Stylema R.
Jentera itu turut dilengkapi dengan data koordinat garisan penamat litar Laguna Seca, Mugello, Jerez, Sepang and Losail serta pakej elektronik baharu EVO 2 untuk Kawalan Traksi Ducati (DTC) dan Quick Shifter Ducati (DQS) naik/turun. Rekaan grafik Superleggera V4 dipengaruhi Desmosedici GP19 dengan tema warna merah dan karbon serta set tayar khas Pirelli Diablo Supercorsa SP. Warna merah dan karbon adalah tema utama untuk motosikal ini.
Lebih menarik, pemilik Superleggera V4 siri 001/500 bertuah dijemput ke Borgo Panigale dan akan menerima motosikal daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024