Antarabangsa
Edisi Terhad Porsche 911 Speedster Enam Kelajuan Manual Dijual Bermula RM2.7 Juta
Sime Darby Auto Performance (SDAP) melancarkan Porsche 911 Speedster sebuah jentera model model open-top dengan rekaan unik.
Ia adalah varian tambahan bagi model Porsche 911 yang terdiri daripada Carrera, Cabriolet sehinggalah versi pemanduan litar seperti GT3. Apa yang uniknya, ia hanya dibina sebanyak 1,948 unit di seluruh dunia dan mengambil reka bentuk menerusi model 356 Speedster buatan 1954.
Reka bentuknya yang luar biasa dan rangkaian kuasa berprestasi tinggi berdasarkan teknologi GT. Ia juga dibina untuk memberi penghormatan kepada impian Ferry Porsche selama lebih dari 70 tahun, serta menggabungkannya dengan teknologi sukan permotoran yang sesuai untuk penggunaan seharian.
Enjin yang digunakan oleh Speedster itu adalah berasal daripada model 911 GT3. Ia adalah enjin enam silinder boxer berkapasiti 4.0 liter yang menyalurkan output 510hp dengan tork setinggi 470N.
Dari segi prestasinya, ia dikatakan boleh memecut 0-100km/j dalam 4 saat dan kelajuan maksimum boleh mencecah 310km/j.
Enjin Speedster sedikit berbeza dengan model 911 GT3, ini kerana ia dilengkapi dengan dua penapis partikel gasolin (GPF) yang mampu memberi tambahan 10hp. Ia juga dibangunkan dengan sistem ekzos sport yang lebih ringan 10 kilogram. biarpun mempunyai 2 GPF.
Bagi memberi pemanduan lebih menarik, Porsche hanya menawarkan model berkenaan dengan transmisi sport manual enam kelajuan. Ia juga mempunyai fungsi auto-blip untuk penukaran gear lebih lancar setiap masa.
Jentera yang mempunyai dua tempat duduk itu turut menggunakan teknologi casis 911 GT3 di mana ia dipadankan dengan rear-axle steering sporty and pendakap enjin dinamik.
Pada masa sama, 911 Speedster dilengkapi citi canggih seperti Porsche Active Suspension Management (PASM), Porsche Torque Vectoring (PTV), Porsche Stability Management (PSM) dan Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB).
Dari segi luarannya, ia menerima sentuhan beberapa komponen 911 GT3 Touring iaitu bonet gentian karbon, apron depan, apron belakang dan spoiler belakang. Akan tetapi, spoiler lip depan adalah baharu, manakala cermin sisi dari Sport Design serta dilengkapi rim aloi 20 inci.
Porsche melengkapkan gaya 911 Speedster dengan Heritage Design Package, iaitu perincian luaran dan dalaman klasik dari 1950an dan 1960an. Ini dapat dilihat pada kemasan kabin Black dan Cognac dengan perincian emas, serta warna badan 911 ini iaitu GT Silver Metallic.
Bahagian dalamnya diberikan tempat duduk bucket gentian karbon komposit. Ia juga diperkemaskan balutan kulit hitam pada perehat tangan di panel pintu serta dilengkapi dengan tombol gear lebih pendek.
Panel pintu pula dibina daripada elemen ringan termasuklah menggunakan jaring simpanan barang. Terdapat juga logo “Speedster” di perehat kepala, pemijak tepi pintu dan di tengah-tengah tachometer.
Dari segi harganya, ia dijual bermula RM2.7 juta dan anda boleh melihatnya lebih dekat di di Porsche Centre Sungai Besi bermula 13 Jun ini.
Must-Watch Video