Edisi Terhad Vespa Sei Giorni II Tiba Di Malaysia, Harga RM34,500.
Erywan
01/09/2020 01:46 MYT
01/09/2020 01:46 MYT
Sempena acara Vespa Day Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar skuter itu di negara ini melancarkan model edisi terhad Vespa Sei Giorni II.
Skuter yang memiliki reka bentuk menarik itu, kini dilengkapi dengan enjin baharu 300 High Performance Engine (HPE).
Ia mempunyai rangkaian kuasa empat lejang bersesaran 300cc dengan penyejuk cecair yang menyalurkan 23.8hp pada 8,250rpm dan tork setinggi 26Nm pada 5,250. Output itu meningkat 12 peratus, manakala 18 peratus bagi kuasa torknya.
Skuter yang memiliki reka bentuk menarik itu, kini dilengkapi dengan enjin baharu 300 High Performance Engine (HPE).
Ia mempunyai rangkaian kuasa empat lejang bersesaran 300cc dengan penyejuk cecair yang menyalurkan 23.8hp pada 8,250rpm dan tork setinggi 26Nm pada 5,250. Output itu meningkat 12 peratus, manakala 18 peratus bagi kuasa torknya.
Vespa Sei Giorni II masih menerapkan ciri klasiknya dengan perumah lampu utama diletak pada bahagian madgad. Pada bahagian handal pula, ia dilengkapi dengan meter berciri moden yang mempunyai meter kelajuan analog berlatar belakang putih.
Bahagian depan pula terutama pada bahagian ‘tie’ dipadankan dengan kemasan hitam kusam serta pada bahagian sisi dilengkapi gril berbentuk sarang lebah. Sisinya pula mempunyai liveri bernombor yang sebelum ini turut digunakan oleh Piaggio Squarda Corse dalam dunia perlumbaan pada 1951.
Bagi memberi skuter edisi terhad itu tampak menyerlah, rim dan peredam ekzos turut diperkemaskan warna hitam, selain didatangkan warna baharu iaitu Grey Titanio.
Tempat duduknya, diperhebatkan pelana rekaan tunggal (tetapi boleh duduk untuk pembonceng) supaya tampak sporty dan mempunyai lencana Sei Giorni II pada bahagian sisi. Perumah lampu belakang menggunakan teknologi LED, selain dilengkapi ciri kemudahan lain seperti port USB dan sistem brek ABS.
Untuk aksesorinya pula, ia adalah sama seperti model Vespa GTS yang mana ditawarkan dengan windscreen, box penyimpan barang bersaiz 36 liter, rak bagasi depan dan belakang, kit pelindung serta pelana kulit coklat.
Untuk memiliki jentera istimewa ini, ia dijual pada harga RM34,500 yang didatangkan bersama box bersaiz 36 liter.
Sementara itu, Pengerusi Didi Resources Sdn Bhd, Rewi Hamid Bugo berkata, acara pelancaran Vespa Sei Giorni II sangat istimewa kerana dilancarkan pada majlis Vespa Day yang dihadiri lebih 200 pemilik Vespa.