Sebelum ini, drebar pernah melaporkan artikel berhubung Honda City generasi baharu yang bakal dipadankan dengan enjin 1.0 liter turbo.

Rata-rata yang memberi komen, mereka cukup tertarik dengan keupayaan enjin itu yang mana ia berkapasiti kecil, tetapi mampu menyalurkan kuasa mengagumkan.

Dalam peredaran semasa dalam automotif global, trend menawarkan kapasiti enjin kecil sebenarnya sudah lama diusahakan bagi pengeluaran kenderaan Eropah. Cuma bagi kenderaan jenama Asia, Honda boleh dikatakan yang pertama bagi rantau Asean menawarkan enjin kecil bagi pasaran berkenaan.

Dengan pengenalan Honda City generasi ketujuh dengan enjin 1.0 liter turbo, ia ternyata memberi lembaran baru dalam industri automotif bagi negara Asean.

Bagi membuktikan enjin 1.0 liter turbo itu lebih bagus berbanding 1.5 liter NA bagi versi terdahulu, drebar akan membuat perbandingan dari segi prestasinya.
SpesifikasiHonda City Serba BaharuHonda City Versi Sebelum Ini
Enjin1.0 VTEC Turbo DOHC1.5 NAi-VTEC SOHC
Bil SilinderTiga silinder sebarisEmpat silinder sebaris
Kuasa Maksimum120hp pada 5,500rpm118hp pada 6,600rpm
Tork Maksimum173Nm antara 2,000-4,500rpm145Nm antara 4,600rpm
TransmisiCVTCVT

Berdasarkan data di atas, boleh dikatakan Honda City versi turbo memiliki kuasa dan tork yang lebih berbanding versi enjin 1.5 liter. Kuasa maksimumnya meningkatkan 2hp dan tork naik kepada 28Nm dengan bukaan pada rpm lebih rendah.

Jika dilihat pada spesifikasi itu juga, enjin versi turbo boleh dikatakan lebih pantas pada peringkat awal pemanduan kerana bukaan rpm lebih awal berbanding enjin NA. Namun, tanggapan itu adalah berdasarkan di atas 'kertas' dengan data yang diperoleh, realitinya tunggu sehingga kami diberi peluang untuk memandunya nanti.

Di Thailand, Honda City serba baharu itu ditawarkan dengan empat varian utama membabitkan:Penampilan luaran Honda City itu hadir dengan inspirasi daripada Honda Insight, seperti lampu utama yang nipis, lampu nyalaan siang LED dan rekaan jeriji Solid Wing.

Dimensi kenderaan itu turut berubah dengan panjang keseluruhan 4553mm (+113mm), lebar 1748mm (+53mm) namun ketinggiannya dikurangkan menjadi 1467mm (-10), manakala jarak roda kepada 2589mm (-11mm).

Namun aspek pengendalian masih ciri yang sama seperti suspensi McPherson di hadapan serta Torsion Beam di bahagian belakang.

Di negara gajah putih itu, harga Honda City selepas ditukar kepada Ringgit Malaysia (RM) iaitu RM80,000 bagi varian S, RM84,100 (V), dan RM91,900 (SV) dan RM102,000 (RS).