Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Bilik Pameran Dalam Talian satu langkah alternatif untuk penyelesaian kepada pelanggannya bagi pertanyaan berkaitan pembelian kenderaan biarpun mereka berada di rumah.

Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 28 April ini, ETCM turut melanjutkan penutupan pusat pameran mereka di seluruh negara bagi kepentingan pelanggan serta kakitangannya.



Pelanggan yang tidak dapat berkunjung ke pusat pameran Nissan, kini boleh melayari semua model Nissan dan promosi terkini di www.nissan.com.my.

Laman sesawang itu dipertingkatkan lagi dengan pengenalan Bilik Pameran Dalam Talian yang membolehkan pengguna mengemukakan borang dalam talian untuk pertanyaan pembelian atau mengatur untuk tempahan kenderaan dengan hanya beberapa klik mudah. Dalam tempoh 24 jam selepas penyerahan, wakil jualan Nissan akan dihubungi anda.