Antarabangsa
ETCM Umum Harga Nissan Almera, Bermula RM79,906 Dengan Bayaran Bulanan Serendah RM688
Selepas dipertontonkan secara umum, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) akhirnya mengumumkan harga Nissan Almera Turbo serba baharu yang ditawarkan dalam tiga varian.
Ketiga-tiga varian Nissan Almera Turbo hadir dengan enjin Turbo HR10DET 1.0 liter serba baharu yang dipadankan dengan kotak gear X-TRONIC CVT generasi seterusnya bersama D-Step Logic dan mode Sport.
Ia mampu menjana kuasa maksimum 100PS dan tork setinggi 152Nm serendah 2,400 hingga 4,000, pada masa sama menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan iaitu 18.4km/L (5.4L/100km).
Tambahan pula sistem bantuan pemandu termaju Nissan Intelligent Mobility seperti Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (Intelligent Forward Collision Warning, IFCW) dengan Brek Kecemasan Hadapan Pintar (Intelligent Forward Emergency Braking, IFEB) turut hadir.
Ini harga atas jalan tanpa insurans dan cukai jualan bagi Nissan Almera Turbo Mengikut Kawasan:
Semenanjung Malaysia
- VL variant: RM 79,906
- VLP variant: RM 85,715
- VLT variant: RM 91,310
Malaysia Timur
- VL variant: RM 82,406
- VLP variant: RM 88,215
- VLT variant: RM 93,810
Labuan
- VL variant: RM 66,188
- VLP variant: RM 73,688
- VLT variant: RM 77,888
Langkawi
- VL variant: RM 65,188
- VLP variant: RM 72,688
- VLT variant: RM 76,888
Pada masa sama, jaminan perbatuan tanpa had kenderaan selama 5 tahun hadir sebagai standard pada semua varian Nissan Almera Turbo serba baharu, bersama servis penyelenggaraan percuma sebanyak 5 kali (berselang-seli) termasuk alat ganti dan kos buruh dalam tempoh 5 tahun.
ETCM turut menawarkan pakej sewa beli istimewa melalui Promosi Pembiayaan Flexi seperti berikut:
- Varian VL: RM688 sebulan
- Varian VLP: RM738 sebulan
- Varian VLT: RM788 sebulan
Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli insurans daripada Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS) untuk Nissan Almera Turbo serba baharu mereka akan menerima Perlindungan Kemalangan Peribadi (PA) dengan jumlah diinsuranskan sehingga RM75,000, bayaran perlindungan Key Care sehingga RM1,500 dan elaun Bantuan Banjir sehingga RM1,500.